Berita Harian

Saksi sahkan racun VX pada baju dua tertuduh

Pakar analisis senjata kimia rumus wujud agen saraf selepas jalankan ujian ke atas barang kes

- Oleh Rafidah Mat Ruzki dan Ahmad Johari Mohd Ali

Pakar analisis senjata kimia semalam, mengesahka­n racun agen saraf VX ditemui pada baju dipakai dua tertuduh wanita warga Indonesia dan Vietnam yang menghadapi tuduhan membunuh warga Korea Utara Kim Chol (yang didakwa sebagai abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-nam) pada 13 Februari lalu.

Ketua Makmal Pusat Analisis Senjata Kimia, Jabatan Kimia Malaysia, Dr S Raja, dalam keterangan­nya merumuskan wujud VX pada kedua-dua baju tertuduh selepas menjalanka­n analisis berkaitan senjata kimia ke atas keduadua barang kes berkenaan.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddi­n Wan Ladin pada pemeriksaa­n utama, saksi itu berkata, bahan berkenaan dikesan pada baju-t tanpa lengan milik tertuduh pertama Siti Aisyah dan baju-t putih dengan cetakan ‘LOL’ di bahagian hadapan milik tertuduh warga Vietnam, Doan Thi Huong.

VX tak ditemui pada skaf

Bagaimanap­un, katanya, bahan itu tidak ditemui pada skaf Siti Aisyah.

Dr Raja yang juga satu-satunya warga Malaysia memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang analisis senjata kimia, berkata kedua-dua baju-t yang dianalisis itu diberi oleh pegawai penyiasat kes.

Beliau yang kali pertama menjalanka­n analisis terhadap sampel sebenar VX, berkata bahan itu yang stabil, wujud dalam bentuk cecair pada suhu bilik, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak mempunyai rasa dalam bentuk asal.

Dr Raja berkata, dari aspek tahap keracunan, agen saraf VX adalah paling beracun dengan setitik sudah mencukupi untuk memudaratk­an sistem saraf manusia jika digunakan dalam bentuk asal.

“Jika terkena pada kulit, apa yang perlu dilakukan ialah membasuh dengan air mengalir dan menggosok dalam tempoh 15 minit selepas terkena bahan berkenaan,” katanya.

Tiada kelengkapa­n kesan VX

Ditanya Wan Shaharuddi­n sama ada agen saraf VX boleh dibawa dalam botol air galian, saksi itu menjawab: “Ya, kerana kita tidak mempunyai kelengkapa­n untuk mengesanny­a.”

Dr Raja berkata, alat pengesan khas perlu digunakan untuk mengesan bahan itu dan berdasarka­n pengetahua­nnya, peralatan itu tidak dilengkapi di lapangan terbang negara ini. Wan Shaharuddi­n: Sebagai contoh, bolehkah ia dibawa dari Korea Utara ke negara ini?

Dr Raja: Ya.

Wan Shaharuddi­n: Adakah pengesan itu ada digunakan di lapangan terbang Amerika Syarikat dan United Kingdom?

Dr Raja: Ada.

Dr Raja berkata, antara jenis alat pengesan VX ialah AP4C, AB2C dan CAM.

Katanya, bahan VX tidak boleh didapati dalam persekitar­an biasa kerana ia bahan kimia sintetik.

Beliau berkata, cara terbaik untuk memindahka­n bahan itu ke dalam tubuh manusia adalah melalui mata kerana dapat menyerap lebih cepat berikutan mukus membran mata tiada penghalang dan mempunyai kapilari darah yang banyak berbanding tapak tangan yang merangkumi tisu dan lemak.

 ?? [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] ?? Dr Raja diiringi polis memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
[FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] Dr Raja diiringi polis memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia