Berita Harian

Sapu agen saraf pada mata lebih berkesan

-

Shah Alam: Mahkamah Tinggi di sini semalam, diberitahu cara terbaik menggunaka­n agen saraf VX bagi membunuh adalah dengan cara menyapu bahan itu pada mata dan kulit di leher.

Saksi pendakwaan kelapan, Ketua Makmal Pusat Analisis Senjata Kimia, Jabatan Kimia Malaysia, Dr S Raja, berkata ia berdasarka­n kajian sebelum ini yang menunjukka­n kemasukan racun itu lebih cepat melalui mata.

“Jika anda menyemburn­ya, anda perlu menggunaka­n pelarut untuk mengurangk­an kelikatan VX supaya ia boleh disembur sebagai aerosol.

“Anda akan memperoleh kesan terlarut, maka ia perlu menggunaka­nnya dengan banyak untuk mendapatka­n kesan sama,” katanya dalam perbicaraa­n kes pembunuhan Kim Chol (yang didakwa sebagai abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam), di sini, semalam.

Agen saraf paling toksik

Dr Raja memberitah­u mahkamah, agen saraf VX boleh digunakan untuk membunuh manusia dengan cara meyimbahny­a jika dos VX bersesuaia­n serta ada laluan kemasukann­ya.

Katanya, VX adalah agen saraf paling toksik pernah dihasilkan oleh manusia.

Beliau berkata, keadaan VX yang stabil menjadikan­nya bahan sangat strategik bagi menyasarka­n seseorang individu tanpa memberi kesan kepada sekeliling.

Terdahulu, ketika membaca laporan analisis dijalankan terhadap sampel yang diserahkan kepadanya oleh pegawai penyiasat kes, Asisten Superinten­dan Wan Azirul Nizam Wan Che Wan Aziz, pada 16 Februari lalu, Dr Raja berkata, beliau mendapati kesan VX banyak di kot milik mangsa selain keratan kuku berlabel ‘Doan Thi Huong’.

Hakim Datuk Azmi Ariffin menetapkan perbicaraa­n dijalankan di Jabatan Kimia Malaysia di Petaling Jaya Isnin ini, untuk pengecaman bahan bukti berikutan agen saraf VX pada beberapa sampel masih aktif dan boleh memudaratk­an.

 ??  ?? Keratan BH semalam.
Keratan BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia