Berita Harian

Dua pegawai syarikat direman 2 hari bantu siasatan

Pelakon lelaki berstatus Datuk direman semula di Mahkamah Majistret Muar

- Oleh Ifwan Tun Tuah dan Badrul Kamal Zakaria

Dua pegawai syarikat yang dipercayai terbabit dalam penipuan skim pembinaan rumah mampu milik dikaitkan dengan seorang pelakon bergelar Datuk, direman dua hari bagi membantu siasatan kes di Nilai, dekat sini.

Dua lelaki berkenaan masingmasi­ng berusia 30 dan 45 tahun, ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superinten­dan Azrul Hisham Mohd Shaffie, berkata Mahkamah Majistret di sini, semalam membenarka­n permohonan polis untuk menahan reman kedua-dua suspek.

Dakwa diperdaya wanita

“Mereka ditahan susulan laporan seorang lelaki yang mendakwa diperdayak­an seorang wanita daripada syarikat suspek untuk pembinaan sebuah banglo berharga RM60,000 di Nilai.

“Mangsa sudah membayar RM60,000 ke akaun syarikat terbabit, namun suspek tidak membina rumah yang dijanjikan sebaliknya memberi pelbagai alasan,” katanya di sini, semalam.

Di pelakon lelaki berstatus Datuk berkenaan direman semula di Mahkamah Majistret semalam, bagi membantu siasatan kes penipuan penjualan rumah berharga rendah.

Perintah reman selama dua hari berakhir hari ini dikeluarka­n Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Muar, Nor'iza Mohamed terhadap

Muar,

lelaki terbabit yang berusia 37 tahun.

Babit kerugian RM6.2 juta

Dia seorang daripada tiga individu ditahan 3 Oktober lalu dan direman dua hari berakhir semalam di Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes tipu membabitka­n kerugian RM6.2 juta dengan 201 laporan diterima polis sehingga kelmarin.

Mangsa mendakwa ditipu dua syarikat menawarkan rumah mampu milik kepada pembeli pada harga lebih rendah berbanding pasaran, iaitu RM60,000 untuk sebuah banglo berkeluasa­n 1,650 kaki persegi.

Bagaimanap­un, selepas pembeli melunaskan bayaran, syarikat itu tidak menjalanka­n pembinaan rumah seperti dijanjikan. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

 ?? [FOTO ADI SAFRI/BH] ?? Pelakon berstatus Datuk diiringi polis hadir ke Mahkamah Majistret Muar, bagi dapatkan perintah tahanan reman, semalam.
[FOTO ADI SAFRI/BH] Pelakon berstatus Datuk diiringi polis hadir ke Mahkamah Majistret Muar, bagi dapatkan perintah tahanan reman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia