Berita Harian

Pembantu tadbir hospital dituduh ubah wang haram

-

Kuala Terengganu: Seorang pembantu tadbir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas 16 pertuduhan terbabit dalam pengubahan wang haram lebih RM130,000.

Noormazida Mukhtar, 28, yang didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Dua minggu lalu, tertuduh yang bertugas di Jabatan Dietetik dan Sajian HSNZ, turut didakwa bersama suaminya, Mohd Fikri Izani, 26, bagi kesalahan membuat tuntutan palsu pembekalan telur dan susu bernilai RM211,646 kepada HSNZ.

Pada prosiding semalam, Noormazida dituduh terbabit aktiviti pengubahan wang haram dengan menerima, memiliki, mengubah, memindah dan menggunaka­n hasil daripada perbuatan mengemukak­an dokumen tuntutan palsu berkenaan.

Didakwa guna wang RM102,277.23

Bagi pertuduhan pertama hingga 15, dia didakwa menggunaka­n wang berjumlah RM102,277.23 daripada akaun bank milik JIE Excellent Enterprise, yang juga hasil daripada aktiviti haram.

Bagi pertuduhan ke-16, dia didakwa membabitka­n diri dalam pengubahan wang haram iaitu memindahka­n RM30,000 dari akaun bank milik JIE Excellent Enterprise ke akaun bank milik suaminya yang juga Pengurus Syarikat KAB Adil Resources.

Noormazida didakwa melakukan semua kesalahan itu antara 4 Mac 2017 hingga 29 Julai 2017 di Maybank, Cawangan Kuala Berang, Jalan Astaka, Hulu Terengganu, membabitka­n nilai keseluruha­n RM132,277.23.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mahadi Abdul Jumaat, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd kamaruzama­n A Wahab.

Mohamad Haldar menetapkan 23 Oktober ini untuk sebutan semula kes dan membenarka­n tertuduh diikat jamin RM40,000. Setakat petang semalam, tertuduh gagal membayar wang jaminan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia