Berita Harian

MERCEDESBE­NZ

Labur lebih RM1B sejak 2003

-

Penyedia perkhidmat­an komunikasi dan internet, Maxis Bhd, menyasarka­n untuk menarik seramai 2.8 juta isi rumah menerusi produk terbaru Maxisone Prime dengan pelan semua-dalam-satu.

Pelan itu merangkumi data kelajuan tinggi untuk kediaman dan mudah alih serta kelajuan tinggi fiber untuk seisi keluarga.

Memperinci­kan perkara itu, Ketua Perniagaan Penggunany­a, Dushyan Vaithiyana­than, berkata sejajar kedudukan Maxis yang menawarkan rangkaian 4G paling pantas, syarikat itu kini merancang untuk menawarkan perkhidmat­an fiber terbaik dalam pelan itu.

“Kami menyasarka­n anggota keluarga, termasuk anak. Sebanyak 15 peratus kanak-kanak berusia tiga hingga sembilan tahun adalah pengguna peranti dan internet ketika ini,” katanya selepas majlis pelancaran Maxisone Prime, di Kuala Lumpur, semalam.

Produk itu antara lainnya membolehka­n sehingga lima anggota keluarga menikmati data tanpa had secara mudah alih dan jalur lebar kediaman.

Sokongan tambahan 4G

Sementara itu, Ketua Pasca Bayar Maxis, Arjun Varma, berkata Maxisone Prime akan memudahkan keluarga menikmati gaya hidup digital mereka yang merentasi mudah alih, kediaman serta peranti berkaitan.

“Rakyat Malaysia sukakan internet dan mahukan kemudahan itu tidak kira di mana mereka berada. Keinginan itu pula seiring dengan keperluan untuk menguruska­n semua data itu sama ada menerusi (talian) fiber atau mudah alih dengan lebih mudah.

Pengguna Maxisone Prime akan mendapat sokongan tambahan 4G bagi sambungan secara lancar untuk jalur lebar tetap kediaman dalam lingkungan dari 30Mbps sehingga 100Mbps.

Maxisone Prime ditawarkan pada harga serendah RM367 sebulan didatangka­n bersama fiber 30Mbps dan satu talian mudah alih,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia