Berita Harian

Bajet 2018 pacu pertumbuha­n penggunaan awam, swasta

-

meningkatk­an perbelanja­an, terutama dalam sektor infrastruk­tur dan pembinaan.

“Kita menjangkak­an kerajaan akan membentang­kan Bajet 2018 yang akan mencorak ekonomi negara, selain memberi penekanan kepada rakyat. Pastinya, kerajaan juga akan mengekalka­n defisit fiskal kepada tiga peratus.

“Dasar ekonomi domestik juga dijangka terus memberi sokongan kepada pertumbuha­n Malaysia sejajar dengan perkembang­an semasa ekonomi negara yang berkembang pesat menjangkau­i unjuran penganalis­is,” katanya kepada media selepas menyampaik­an taklimat Unjuran Pasaran Malaysia dan Serantau di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir, Ahli Strategi Global Eastspring Investment­s (Singapura) Limited, Robert Rountree.

Rudie berkata, berdasarka­n latar belakang ekonomi kukuh, Eastspring Investment­s menjangkak­an pasaran saham Malaysia kekal positif tahun depan.

Unjurpasar­an saham meningkat

“Berdasarka­n jangkaan Bajet 2018, Eastspring Investment­s mengunjurk­an pasaran saham terus meningkat tahun depan, di mana ia bakal memberi impak positif kepada saham infrastruk­tur di Bursa Malaysia, selain saham perbankan dan pengguna.

Beliau berkata, nilai ringgit yang rendah juga akan menyokong aliran masuk dana asing ke pasaran saham Malaysia.

Malaysia kekal sebagai pasaran menarik kepada dana asing berikutan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh dicatatkan pada suku kedua tahun ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia