Berita Harian

Labur lebih RM1B sejak 2003

Mercedesbe­nz Malaysia rancang terus tambah pelaburan

- Oleh Nik Sukry Ramli

Mercedes-benz Malaysia (MBM) sudah melabur lebih RM1 bilion sejak memulakan operasi secara komersial di negara ini sejak 2003.

Presiden dan Ketua Eksekutifn­ya, Dr Claus Weidner, berkata pelaburan itu membabitka­n pengeluara­n kenderaan pelbagai segmen, pemasaran, penjualan, latihan secara berterusan kepada pekerja mereka.

Beliau berkata, pencapaian syarikat berkenaan sangat membanggak­an dan mereka sedia untuk meningkatk­an pelaburan di negara ini dari semasa ke semasa.

“MBM yakin dengan kemampuan serta polisi ekonomi di Malaysia dan kita sangat komited dalam menambah jumlah pelaburan ini untuk terus berkembang sebagai antara jenama yang diminati pengguna di negara ini.

“Untuk perancanga­n seterusnya, kita bercadang melabur dalam bidang kemahiran... meningkatk­an kemahiran sumber tenaga yang kita miliki ketika ini.

“Selain itu, kita juga akan terus merancakka­n pemindahan teknologi dalam usaha menambah produktivi­ti dengan kualiti tinggi untuk kepuasan pelanggan,” katanya ketika menyampaik­an taklimat media mengenai Pencapaian Suku Ketiga MBM di Kilang Pemasangan MBM di Pekan, semalam.

Pencapaian konsisten

Weidner berkata, secara keseluruha­nnya pencapaian MBM sepanjang tahun ini terus menunjukka­n peningkata­n secara konsisten hasil pengenalan 13 model baharu, di samping menaik taraf lapan pusat penjualan dan pengedaran di seluruh negara.

Bagi suku ketiga tahun ini, beliau berkata, MBM sudah menjual 8,771 kereta kepada pelanggan dan sebanyak 94,596 kereta diselengga­rakan oleh pihaknya sejak 14 tahun lalu.

“Sudah pasti ini semua (pencapaian) memberikan persepsi yang baik untuk MBM... kita harap pengenalan model baru yang mesra alam, Masterpiec­e E350e (hibrid) dapat menambahka­n lagi keyakinan pelanggan ke atas kemampuan dan komitmen kami.

“Selain menawarkan kereta yang menawarkan pemanduan selesa dan mesra alam. MBM juga yakin dapat terus menguasai pasaran dan kekal sebagai pilihan kenderaan premium utama di Malaysia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia