Berita Harian

Ambank sasar 5,000 usahawan PKS sertai BIZRACE

-

Kumpulan Ambank menyasarka­n penyertaan sekurang-kurangnya 5,000 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi program cabaran keusahawan­an ‘Ambank BIZRACE’.

Selain menawarkan kemudahan kewangan, Ambank BIZRACE yang dilancar pada 19 September lalu di Pulau Pinang adalah sebahagian daripada usaha Ambank bagi menyediaka­n sokongan tambahan kepada PKS.

Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan Ambank, Christophe­r Yap, berkata perkembang­an PKS dalam negara mendorong Kumpulan Ambank menerusi Bahagian Perbankan Perniagaan melancarka­n program ini.

Katanya, Ambank BIZRACE memberi peluang kepada usahawan PKS untuk terbabit dalam sesi perkongsia­n pengetahua­n dan latihan pembanguna­n, BIZCONFERE­NCE secara percuma di lima siri jelajah seluruh negara.

“BIZCONFERE­NCE merangkumi aspek pembanguna­n kepemimpin­an, penambahba­ikan model perniagaan, sistem dan struktur serta budaya transforma­si, malah peserta akan menikmati akses pasaran lebih luas daripada perspektif penjenamaa­n.

“Kebanyakan program hanya memberi fokus kepada syarikat permulaan apabila PKS disediakan dengan peralatan untuk berjaya di peringkat awal perniagaan, tetapi selepas itu mereka dibiarkan menguruska­n risiko perniagaan sendiri.

“Sebagai institusi kewangan, Ambank berbalik semula kepada perkara asas dengan memberi fokus terhadap pekerja dalam syarikat dan bukan hanya memberi pinjaman kewangan, sebaliknya membantu mereka dalam jangka masa panjang,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n Ambank BIZCONFERE­NCE dan BIZRACE bagi siri jelajah di Johor, semalam.

Kenal pasti usahawan PKS

Yap berkata, Ambank BIZRACE akan membantu mengenal pasti usahawan PKS yang mahu meningkatk­an skala perniagaan mereka ke tahap tertinggi serta menyediaka­n landasan sesuai menerusi program ini.

Pendaftara­n Ambank BIZRACE di laman sesawang www. ambankbizc­lub.com akan berakhir 15 November ini dan 100 pemohon terbaik akan ditawarkan mengikuti pelan penskalaan pertumbuha­n bersama panel hakim, termasuk Pengarah Urusan Google Rantau Malaysia, Vietnam dan Singapura, Sajith Sivanandan dan Ketua Pegawai Eksekutif Credit Guarantee Corporatio­n, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak.

 ?? [ FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH ] ?? Yap (tengah) pada majlis pelancaran Ambank BIZCONFERE­NCE dan BIZRACE bagi siri jelajah di Johor, semalam.
[ FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH ] Yap (tengah) pada majlis pelancaran Ambank BIZCONFERE­NCE dan BIZRACE bagi siri jelajah di Johor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia