Berita Harian

Dominar 400 mengancam

MODENAS bawa masuk model ke-4 BAL tahun hadapan

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

Selepas memperkena­lkan tiga model baharu hasil kerjasama dengan Bajaj Auto Ltd (BAL), Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) mengorak langkah untuk memperkena­lkan satu lagi model baharu iaitu motosikal naked dikenali Dominar 400 awal tahun depan.

Lebih menarik, Dominar 400 akan menjadi model pemasangan tempatan (CKD) sama seperti model sebelum ini yang mana hanya komponenny­a saja diimport sebelum ia dipasang sepenuhnya di kilang milik MODENAS di Gurun, Kedah.

Kemasukan Dominar 400, selain tiga model keluaran BAL iaitu V15, Pulsar NS200 dan Pulsar RS200 yang dibawa masuk pada Mei lalu, bakal memberi saingan kepada jenama terkemuka lain dalam kelas dan kapasiti sama.

Harga belum diputuskan

Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Amirudin Abd Kadir, berkata model Dominar 400 itu dijangka akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia seawal suku pertama tahun depan.

Bagaimanap­un, katanya, segala maklumat lanjut mengenai perkara itu termasuk harga masih belum diputuskan pihaknya buat masa ini.

“Dominar 400 ini adalah antara model dalam perancanga­n MODENAS dan ketika ini pun dalam persiapan untuk membawa masuk model ini ke Malaysia.

“Jadi, untuk peminat motosikal ini, kita minta bersabar dan dalam masa terdekat ini, kita akan bawa Dominar 400.

“Paling menarik mengenai model ini, selain spesifikas­i dan kawalannya, harganya juga dijangka sangat kompetitif dan saya yakin ia akan memenuhi cita rasa pasaran Malaysia,” katanya yang enggan mendedahka­n harga model motosikal jalanan baharu itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada lawatan bersama media dan pengedar tempatan kilang BAL di Pune, India, minggu lalu.

Namun, menurut sumber, dipercayai harga jualan model Dominar 400 itu adalah di bawah RM20,000.

Mengulas lanjut, mengenai kemungkina­n MODENAS akan membawa masuk satu lagi model baharu iaitu Boxer 150, Amirudin berkata, perkara itu masih di peringkat awal.

Sambutan baik

“Ketika ini, cadangan membawa masuk motosikal pelbagai guna ini masih dalam perbincang­an dan mungkin sama ada kami akan membawanya masuk atau tidak.

“Namun, yang pasti, MODENAS akan membawa masuk Dominar 400 awal tahun depan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Amirudin berkata, sambutan terhadap ketigatiga model motosikal BAL yang dibawa masuk pada Mei lalu amat memberangs­angkan sehingga lebih 2,000 unit sudah terjual sehingga kini.

Sehubungan itu, katanya, bersandark­an jualan yang memberangs­angkan itu, pihaknya menyasar untuk menjual sehingga 6,000 unit bagi ketigatiga model itu pada akhir tahun ini.

“Pada mulanya, kami jangkakan model Pulsar NS200 yang akan mendapat sambutan, namun tidak sangka dua model lain turut menerima sambutan memberangs­angkan,” katanya.

 ?? [ FOTO IKHWAN MUNIR / BH ] ??
[ FOTO IKHWAN MUNIR / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia