Berita Harian

KTM 250 DUKE, 390 DUKE menarik

Siri model paling laris jadi pemangkin kegemilang­an jenama di Malaysia

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Eurotech Wheel Distributi­on (KTM Malaysia) memperkena­lkan model terkininya yang dinanti-nantikan, KTM 250 DUKE dan 390 DUKE.

Siri DUKE iaitu 200, 250 dan 390 adalah model paling laris di Malaysia sejak 2012 dan menguasai pasaran motosikal ringan sejak beberapa tahun lalu.

Apa yang menjadikan DUKE sebagai sebahagian daripada persaingan ialah rekaan agresif, ringan, kawalan, kuasa dan teknologi yang disifatkan sebagai terbaik.

Lebih menarik, rekaan luarannya hampir sama dengan model DUKE berkapasit­i lebih besar iaitu Super DUKE 1290 R.

Bagi model DUKE 250, ia menggunaka­n enjin satu silinder 248.8 cc yang menghambur 30 kuasa kuda (hp) pada 9,000 rpm dan tork 24 Nm pada 7,250 rpm.

Ia turut dilengkapi rim 17 inci dengan tayar 110 milime ter (mm) di hadapan dan 150 mm di belakang, fork USD WP Suspension 43 mm di hadapan, monoshock prabeban boleh laras baharu di belakang, brek cakera 320 mm dan angkup Bybre empat omboh di hadapan, brek cakera 230 mm dan angkup satu piston di belakang, brek ABS dua saluran dan klac slipper.

Tangki minyak untuk 250 DUKE juga iaitu 13.4 liter, 2.4 liter lebih besar berbanding model sebelumnya, selain turut menerima penarafan emisi Euro 4.

390 DUKE lebih menarik

KTM 390 DUKE baharu sebenarnya lebih menarik kerana ia tampil dengan rekaan baharu yang dipacu enjin yang menghambur kuasa 44 kuasa kuda (hp) dan tork 37Nm, manakala pendikit dikuasakan Ride-bywire bagi memberikan kuasa lancar.

Rekaannya juga lebih sporty menerusi penerapan beberapa elemen baharu termasuk sistem CANBUS, tayar Metzeler M5 Interact, cermin sisi lebih lebar dan penarafan emisi Euro 4.

Motosikal ini juga didatang kan dengan tiga mod sistem brek ABS iaitu Road, Off dan Supermoto.

390 DUKE juga dilengkapi dengan panel meter TFT berwarna yang membolehka­n penunggang melihat maklumat lengkap melalui skrin berkenaan termasuk sambungan kepada telefon bimbit menerusi sistem KTM My Ride.

Selain itu, ia turut didatangka­n dengan fork USD WP Suspension 43 mm baru di hadapan, monoshock prabeban boleh laras baru (belakang), rim 17 inci dengan tayar 110 mm di hadapan dan 150 mm di belakang, brek cakera 320 mm dan angkup Bybre empat piston di hadapan, brek cakera 230 mm dan angkup satu piston di belakang, sistem ABS two-channel, klac slipper dan transmisi enam kelajuan.

KTM 250 DUKE dan 390 DUKE ditawarkan pada harga jualan asas termasuk cukai barang dan perkhidmat­an (GST) RM21,730 dan RM28,800.

Keduadua model didatangka­n dua pilihan warna iaitu oren dan putih berserta jaminan dua tahun tanpa had batuan.

 ??  ?? KTM 250 DUKE KTM 390 DUKE
KTM 250 DUKE KTM 390 DUKE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia