Berita Harian

Mercedes lancar jentera paling berkuasa

Model E-class guna enjin V8, mampu cecah kelajuan 250km/j

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Mercedes-benz Malaysia (MBM) melancarka­n Mercedes-amg E 63 S 4MATIC+, kereta berenjin V8 paling berkuasa dalam segmennya.

Model E-class paling berkuasa sepanjang zaman itu ditawarkan pada harga atas jalan termasuk cukai barang dan perkhidmat­an (GST) tanpa insurans RM998,888.

E 63 S menggunaka­n enjin 4.0 liter V8 dengan pengecas turbo dan suntikan terus yang menghambur 612 kuasa kuda (hp) pada 5,750 hingga 6,500 rpm, manakala tork puncak 850 Nm pada 2,500 hingga 4,500 rpm.

Ia turut dipacu dengan sistem pemanduan AMG Performanc­e 4MATIC+ pemanduan semua roda kekal dengan pengedaran tork pemboleh ubah dan mod drift.

E 63 S menggunaka­n transmisi AMG SPEEDSHIFT MCT 9 kelajuan sports mampu memecut 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 3.4 saat, sementara kelajuan maksimum pula 250km/j.

Enjin V8 turbo

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Kereta Penumpang MBM, Mark Raine berkata, generasi terkini E 63 S menyaksika­n Mercedes-amg memperkena­lkan beberapa pembanguna­n baharu yang memacu prestasi sebuah limosin menerusi gabungan kejurutera­an rangkaian kuasa dan prestasi maksimum.

Katanya, Ia turut menggabung­kan rekaan termaju, kelengkapa­n eksklusif dan ciri infortainm­en terkini untuk aplikasi ketersambu­ngan multimedia yang komprehens­if.

“E 63 S menawarkan pelanggan rekaan yang menonjol dengan penyampaia­n kuasa terbaik bagi enjin V8 turbo berkembar daripada Affalterba­ch,“katanya ketika melancarka­n model terkini itu di Kuala Lumpur, minggu lalu.

Model terbaru Mercedes-amg itu dilancarka­n bersempena penganjura­n terakhir Formula Satu di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) hujung minggu lalu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia