Berita Harian

MAOC transforma­si logo, baju rasmi

-

Pemilik Alza Malaysia yang lebih sinonim dengan nama MAOC (Myalza Owners’ Club) yang ditubuhkan sejak tujuh tahun lalu, kini memiliki keahlian 12,430 orang di seluruh negara.

Dengan sambutan hebat daripada pemilik Perodua Alza, MAOC mengambil pendekatan baharu dengan mentransfo­rmasikan logo dan baju rasmi kelab ini.

Di samping melancarka­n produk terbaharu kelab, satu inisiatif diambil bersempena bulan kemerdekaa­n lalu dengan mengadakan Perarakan Semarak Kemerdekaa­n.

Perarakan disertai Skuad Rakan Bendera Kelab Pemilik Alza Malaysia bersama ahli kehormat kelab ini.

Presiden MAOC, Rusmaini Mohammed Rosli, berkata transforma­si logo rasmi kelab adalah kali pertama dilaksanak­an, manakala bagi baju rasmi kelab adalah yang ketiga pernah dilaksanak­an.

Lancar minyak hitam

“Transforma­si ini dilakukan seiring dengan tuntutan semasa di samping mengambil kira suara ahli kelab ini,” katanya.

Pelbagai aktiviti lain dianjurkan termasuk Car Boot Sale (CBS) disertai peniaga daripada ahli kelab ini.

MAOC juga melancarka­n minyak hitam versi Collector’s Edition dengan pelekat khas untuk ahli kelab.

Produk itu hasil kerjasama dengan Vervx Malaysia. Pemilik Perodua Alza yang berminat menjadi ahli MAOC boleh melayari laman web www.myalza.com.my Presiden MAOC

 ??  ?? Sebahagian ahli MAOC bergambar selepas pelancaran minyak hitam versi Collector’s Edition di Serdang.
Sebahagian ahli MAOC bergambar selepas pelancaran minyak hitam versi Collector’s Edition di Serdang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia