Berita Harian

XC90 T8 Twin Engine terampil, bertenaga

Volvo tawar penjimatan bahan api dengan motor elektrik

- Oleh Alzahrin Alias

Kali pertama memandu kereta Volvo, terasa satu aura yang berbeza dari segi pemanduan dan keyakinan membawa kenderaan ini di atas jalan raya.

Apapatah lagi, kereta yang sedang dipandu adalah XC90 T8 Twin Engine versi pemasangan tempatan (CKD) yang lengkap dengan teknologi terkini, selain rekaan yang berketeram­pilan.

Kenderaan kategori SUV plugin hybrid ini tidak berbeza dengan versi yang diimport kerana XC90 ini tampil dengan barisan rekaan Inscriptio­n dari varian tertinggi T8 Twin Engine.

Paling ketara menarik perhatian adalah bahagian hadapannya ditampilka­n dengan lampu nyalaan siang Thor‘s Hammer LED yang menjadi satu jenama pengenalan Volvo, selain lampu utamanya dan juga LED Active Bending Lights dan Active High Beam Control.

Ia turut ditampilka­n dengan roda 10 jejari berwarna perak potongan berlian bersaiz 20inci yang dibaluti tayar 275/45, lampu brek adaptif LED, tip ekzos berkembar dan pintu tailgate berkuasa dengan operasi bebas tangan.

Keselesaan optimum

BH Auto yang berkesempa­tan memandu uji model Volvo ini dari Kuala Lumpur ke Ipoh memberikan keselesaan yang optimum.

Dari segi dalamannya saja, Volvo menampilka­n tempat duduk yang lebih langsing bagi menawarkan perlindung­an tulang belakang yang lebih baik sekiranya berlaku kemalangan.

Barisan kedua pula boleh dikehadapa­n dan dikebelaka­ng bagi memberikan ruang kaki dan kapasiti ruang kargo yang lebih. Malah turut menampilka­n kusyen peninggi bagi kanakkanak di bahagian tengah.

SUV plug-in hybrid ini juga dipa dankan dengan enjin 2.0 liter T8 Twin Engine empat silinder dan pengecas turbo Drivee serta motor elektrik.

Selain dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan, sekali gus memberikan enjin pembakaran­nya mampu menjanakan kuasa sehingga 320 hp dan tork 400 Nm, dengan kuasa yang disalurkan pada roda hadapan.

Sementara motor elektrik (87 hp/240 Nm) pula menyalurka­n kuasa ke roda belakang dengan jumlah keseluruha­n kuasa yang dihamburka­n mencecah 407 hp dan tork 640 Nm dan, keduadua unit pacuan tersebut adalah sistem pacuan semua roda.

Itu dari segi kemampuan enjinnya, belum lagi disentuh teknologi lain seperti sistem keselamata­n yang disertakan dalam SUV ini.

Pemanduan mudah

Pada mulanya, memandu XC90 terasa kekok kerana saiznya yang besar tetapi dengan bantuan sistem teknologi Volvo yang disediakan, pemanduan terasa mudah walaupun terpaksa meletakkan kereta di kawasan yang sempit atau ketika terperangk­ap dalam kesesakan jalan raya.

Ia didatangka­n dengan tujuh beg udara, Kawalan Kelajuan Adaptif, Keselamata­n Bandar dengan Amaran Pelanggara­n Hadapan dan Pengesan Penunggang Basikal dan Pejalan Kaki dengan Brek Auto Sepenuhnya, Amaran Penukaran Lorong, Kawalan Kestabilan Olengan dan Bantuan Mendaki Bukit.

Teknologi keselamata­n bertaraf dunia ini turut menampilka­n pakej perlindung­an off road, sistem Bantuan Parkir dan juga sistem bunyi yang boleh mengesan sekiranya kenderaan anda ditunda atau dijek.

Ketika menggunaka­n pacuan elektrik sepenuhnya, kuasa yang disalurkan untuk motor elektrik didatangka­n dari bateri lithiumion 9.2 kwh.

Bateri ini boleh dicas dengan menggunaka­n soket biasa di rumah,

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SUV plug-in hybrid ini dilengkapi teknologi terkini.
SUV plug-in hybrid ini dilengkapi teknologi terkini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia