Berita Harian

Etika labur RM100 juta naik taraf kilang

-

Pengeluar minuman, Etika Group of Companies (Etika) melabur sebanyak RM100 juta untuk menaik taraf kilang pengeluara­n produk tenusunya di Meru, Klang.

Selaras dengan kemajuan itu, pasaran produk minuman di negara ini akan menyaksika­n peningkata­n mendadak dalam pengeluara­n susu tempatan daripada Etika.

Presiden dan Ketua Eksekutifn­ya, Erwin Selvarajah, berkata pelaburan besar dalam pengeluara­n produk tenusu itu adalah bukti komitmen Etika dalam menjadikan Malaysia sebagai Hab Tenusu Halal Kumpulan.

“Dengan lebih 2,000 pekerja dan rangkaian pengedaran yang komprehens­if serta kukuh di seluruh negara, kami berjaya mencapai jualan melebihi RM1 bilion setahun di sini.

“Selain itu, kami juga mengendali­kan kilang pengeluara­n tenusu di negara jiran, termasuk Indonesia dan Vietnam. Kumpulan juga mempunyai rangkaian eksport yang menakjubka­n di lebih 30 negara di seluruh dunia, terutama dalam segmen eksport produk tenusu,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Kemudahan pengeluara­n terbaru itu akan membantu me nyokong pengeluara­n susu tempatan dalam usaha meningkatk­an tabiat minum susu di negara ini.

Kilang pengeluara­n canggih itu dilengkapi teknologi automasi dan lanjutan bagi pengeluara­n susu yang lebih berkesan.

Kerjasama dengan ANGKASA

Antara jenama susu dikeluarka­n adalah Goodday Milk dan barubaru ini ia melancarka­n dua perisa terbaru, iaitu Goodday Madu dan Goodday Teh Hjau.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyempurn­akan upacara pelancaran kilang yang dinaik taraf itu.

Sementara itu, Selvarajah berkata, pihaknya juga menjalin kerjasama dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) untuk mengagihka­n pem susu kepada pelajar sekolah.

“Ia adalah sebahagian daripada komitmen kumpulan untuk mempromosi­kan kesihatan dan kesejahter­aan penduduk di negara ini.

“Dengan membekalka­n susu kepada pelajar sekolah, ia membantu memupuk pemahaman mengenai kesihatan yang baik pada usia yang masih muda,” katanya.

Erwin Selvarajah, Presiden dan Ketua Eksekutif Etika Pelaburan besar dalam pengeluara­n produk tenusu itu adalah bukti komitmen Etika dalam menjadikan Malaysia sebagai Hab Tenusu Halal Kumpulan”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia