Berita Harian

Saudi Aramco akan tubuh anak syarikat di India

-

Gergasi minyak Arab Saudi, Saudi Aramco akan menubuhkan anak syarikatny­a di India minggu depan, menurut tiga sumber.

Ia berikutan pengekspor­t minyak mentah global yang terkemuka itu mahu meneroka permintaan yang semakin meningkat dan melabur dalam negara pengguna ketiga terbesar di dunia itu.

Syarikat itu melabur dalam kilang penapisan dalam pasaran utama untuk mengesahka­n pelanggan menjelang tawaran awam permulaann­ya tahun depan.

Selain membuat jualan, unit di India itu akan mencari peluang untuk mengambil kepentinga­n dalam kilang penapisan dan projek petrokimia di negara berkenaan.

Arab Saudi sedang bersaing dengan Iraq untuk menjadi pembekal minyak utama di India, dengan Iraq mengatasin­ya untuk bulan kelima berturuttu­rut pada Ogos lalu, menurut data yang dikumpul Reuters.

Ketua Eksekutif Aramco, Amin Nasser akan melancarka­n Aramco Asia India ketika lawatan ke New Delhi minggu depan untuk menghadiri persidanga­n IHSCERA yang akan bermula pada Ahad ini.

Persidanga­n itu juga akan dihadiri oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC), Mohammed Barkindo.

Pertemuan dengan PM India

Nasser juga akan bertemu dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi pada Isnin ini sebagai sebahagian daripada delegasi industri untuk membincang­kan pelaburan dalam sektor gas dan minyak, menurut satu daripada sumber itu lagi.

Keduadua pihak, iaitu Aramco dan pejabat Perdana Menteri tidak dapat memberikan sebarang komen.

Dua daripada sumber itu berkata, pegawai veteran dalam syarikat yang mengendali­kan jualan minyak mentah, Mohammed Almughirah akan mengetuai Aramco Asia India.

Menurut profil Linkedin, beliau juga bertugas sebagai Timbalan Pengarah Urusan di Aramco Asia Korea.

Kebanyakan pengeluar minyak sudah kehilangan pegangan pasaran disebabkan peningkata­n dalam pengeluara­n minyak syal di Amerika Syarikat dan memberi kesan kepada permintaan bahan api yang meningkat di Asia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia