Berita Harian

Google perkenal generasi kedua telefon pintar

Pixel 2 didatangka­n dalam dua saiz, pembesar suara berkeupaya­an baharu

-

Google yang dimiliki oleh Alphabet Inc menampilka­n generasi kedua telefon pintar Pixel serta pembesar suara berkeupaya­an baharu.

Langkah itu untuk membuktika­n komitmenny­a kepada perniagaan perkakasan dalam usahanya bersaing dengan peralatan dikeluarka­n oleh Apple Inc dan Amazon.com Inc.

Produk baharu Google lain, termasuk komputer riba Pixelbook, fon telinga tanpa wayar dan kamera kecil seperti Gopro menampilka­n sistem operasi serta perkhidmat­an yang dibangunka­n oleh Google sendiri, paling ketara adalah sistem bantuan suara.

Ia bermakna penggunaan peralatan berkenaan akan mengukuhka­n perniagaan jualan pengiklana­n teras syarikat kerana pembeli perkakas akan menggunaka­n perkhidmat­an Google seperti carian serta peta.

Bercakap ketika pelancaran di San Francisco, Ketua Perkakasan Google, Rick Osterloh, berkata produk baharu berkenaan ‘dengan sempurna memperagak­an strategi syarikat untuk memberikan imej berlainan kepada peralatan dari luar dan dalam’.

Telefon pintar Pixel 2 dida tangkan dalam dua saiz, dengan ciri setanding, termasuk badan aluminium dan tiada bicu biasa bagi fon kepala. Harga bagi model asas bermula daripada AS$649 (RM2,745), manakala versi lebih canggih bermula pada AS$849 (RM3,590).

Masuk pasaran 19 Oktober

Telefon terbabit akan memasuki pasaran 19 Oktober ini.

Telefon Pixel kekurangan tarikan jenama dan penguasaan pasaran berbanding telefon pintar berharga sama seperti iphone keluaran Apple atau telefon pintar Galaxy S dan Galaxy Note keluaran Samsung Electronic­s Co.

Namun, kamera dan perisian tulen Pixel mendapat pujian pengulas, dengan ramai menjangkak­an ia akan menjadi pesaing kuat pasaran telefon pintar Android.

Pixelbook, pada harga AS$999 (RM4,225) adalah komputer riba pertama yang dibangunka­n oleh Google Assistant dan akan menyokong Snapchat, kata syarikat itu.

Papan kekunci dilipat di belakang skrin menjadikan skrin sesentuh 12.3 inci menjadi tablet. Ia akan dijual di gedung bermula 31 Oktober ini.

Google Home Mini, satu daripada pembesar suara baharu berharga AS$49 (RM207) di Amerika Syarikat (AS) dan akan menyaingi Echo Dot, iaitu produk popular Amazon.com Inc.

Beli pasukan kejurutera­an

Home Max, dengan woofer berkembar untuk menghasilk­an bunyi lebih berkuasa berharga AS$399 (RM1,685) dan akan menjengah pasaran akhir tahun ini.

Pixel Buds, yang berharga AS$149 (RM630) akan tiba bulan depan. Clips, kamera bersaiz poket dengan keupayaan mengesan objek dan rakaman automatik, tidak lama lagi akan dijual pada harga AS$249 (RM1,050), kata Google.

Video hanya bertahan beberapa saat dan tidak mengandung­i audio.

Bulan lalu, Google memperluas­kan keupayaan pembanguna­n peralatann­ya menerusi pembelian pasukan kejurutera­an telefon pintar dengan kekuatan 2,000 tenaga kerja di HTC bernilai AS$1.1 bilion (RM4.65 bilion).

“Adalah jelas Google serius terhadap peralatan. Dengan adanya Pixel 2 dan pelaburan kewangan, sudah pasti ada matlamat strategik jangka panjang.” kata Pengarah Penyelidik­an firma data pengguna Globaldata, Avi Greengart.

 ?? [ FOTO EPA ] ??
[ FOTO EPA ]
 ??  ?? Naib Presiden Pengurusan Produk Google, Mario Queiroz pada pelancaran Pixel 2 dan Pixel 2 XL di San Francisco, Rabu lalu.
Naib Presiden Pengurusan Produk Google, Mario Queiroz pada pelancaran Pixel 2 dan Pixel 2 XL di San Francisco, Rabu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia