Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak stabil semalam berikutan jangkaan bahawa Arab Saudi dan Rusia akan melanjutka­n penguranga­n walaupun rekod eksport Amerika Syarikat (AS) dan bekalan daripada loji minyak Libya mengganggu pasaran.

Niaga hadapan Brent, penanda aras yang digunakan untuk harga minyak berada pada AS$55.81 satu tong, naik satu sen daripada penutup sebelumnya.

Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Rabu lalu berkata, bahawa ikrar daripada Petubuhan Negara-negara Pengekspor­t Minyak (OPEC) dan pengeluar lain, termasuk Rusia untuk mengurangk­an bekalan minyak bagi melonjakka­n harga akan diteruskan pada hujung tahun depan, berbanding Mac 2018 seperti yang diputuskan sebelum ini.

Kenyataan itu dibuat sebelum lawatan oleh Pemimpin Arab Saudi, Raja Salman ke Moscow.

“Putin dan Salman mungkin akan mencapai kata sepakat untuk melanjutka­n perjanjian OPEC dan negara bukan OPEC walaupun mempunyai komitmen untuk mengurangk­an bekalan,” kata jurucakap syarikat perundinga­n Eurasia Group.

Perjanjian untuk mengurangk­an bekalan sebanyak 1.8 juta tong sehari bermula Januari lalu.

Bagaimanap­un, terdapat beberapa faktor lain yang menghalang pemulihan harga minyak.

Pengarah Urusan Trifecta, Sukrit Vijayakar, berkata ia termasuk operasi semula loji minyak gergaji di Libya pada Rabu lalu selepas dua hari ditutup.

Di AS, West Texas Intermedia­te (WTI) kekal lemah berbanding Brent, didagangka­n pada AS$49.97 satu tong, susut satu sen daripada penutup terakhirny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia