Berita Harian

Data AS kukuh stabilkan pasaran

-

Saham

Asia didagangka­n stabil semalam, mengambil petunjuk daripada data Amerika Syarikat (AS) yang kukuh walaupun kebanyakan pasaran gagal untuk mendapatka­n keuntungan awal dalam dagangan kecil.

Keduadua indeks Nikkei Jepun dan saham Australia ditutup rendah.

Indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun juga hampir ditutup rendah dengan Hong Kong dan Korea Selatan serta China ditutup sempena cuti umum.

Saham Eropah dijangka stabil atau sedikit rendah dengan niaga hadapan Jerman, Dax susut 0.2 peratus manakala di Perancis, Cac ditutup rendah.

Tiga indeks utama Wall Street mencatat paras tertinggi baharu pada Rabu lalu.

Indeks aktiviti bukan perkila ngan yang dikeluarka­n oleh Institute for Supply Management meningkat kepada 59.8 pada September lalu, bacaan tertinggi yang dicatatkan sejak Ogos 2005.

Ia memberi bayangan sektor perkhidmat­an AS yang berdaya tahan walaupun dilanda kejadian angin taufan besar pada bulan lalu.

Penganalis­is Kanan di Sumimoto Mitsui Asset Management, Masahiro Ichikawa, berkata pasaran saham disokong oleh data ekonomi yang kukuh secara umumnya.

Tetapi penganalis­is juga memberi amaran bahawa data mencermink­an permintaan sementara berikutan perbelanja­an untuk kerosakan yang berlaku akibat kejadian angin taufan itu.

Data daripada pemproses maklumat gaji persendiri­an, ADP menunjukka­n angka pengambila­n pekerja perlahan dalam tempoh 11 bulan, disebabkan oleh kejadian angin taufan.

Penganalis­is ekonomi menjangkak­an laporan gaji bukan perladanga­n akan menunjukka­n kelembapan sama.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Indeks Nikkei ditutup rendah.
[ FOTO AFP ] Indeks Nikkei ditutup rendah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia