Berita Harian

FBM KLCI merosot 2.75 mata

Kerugian kaunter wajaran tinggi heret turun indeks

-

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup rendah semalam, diheret turun oleh kerugian yang dicatatkan oleh kebanyakan kaunter wajaran tinggi.

Pada jam 5 petang, FBM KLCI susut 2.75 mata atau 0.16 peratus kepada 1,759.09 berbanding 1,761.84 pada penutupan Rabu.

Indeks dibuka 1.28 mata lebih rendah pada 1,760.56 dan bergerak antara 1,757.61 dan 1,761.16 di sepanjang hari.

Kedudukan pasaran secara menyeluruh bagaimanap­un tinggi apabila pelabur membeli saham berharga rendah.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 487 berbanding 360 manakala 374 kaunter tidak berubah, 629 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan melonjak kepada 3.15 bilion unit bernilai RM2.06 bilion berbanding 2.25 bilion unit bernilai RM1.83 bilion pada Rabu.

Antara saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals menambah satu sen kepada RM7.32, Axiata tidak berubah pada RM5.30, Maybank dan Sime Darby masingmasi­ng susut satu sen kepada RM9.54 dan RM9.04, TNB susut empat sen kepada RM14.24, dan Public Bank turun dua sen kepada RM20.56.

Indeks FBM Emas turun 0.48 mata kepada 12,556.17, Indeks FBMT 100 susut 4.73 mata kepada 12,209.27, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 8.27 mata kepada 12,804.18, FBM 70 meningkat 47.95 mata kepada 15,065.61, dan FBM Ace susut 27.01 mata kepada 6,615.72.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n meningkat 4.34 mata kepada 7,915.44, Indeks Kewangan susut 7.31 mata kepada 16,558.07 dan Indeks Perusahaan susut 0.82 mata kepada 3,203.25.

Antara kaunter aktif, Hibiscus Petroleum meningkat 4.5 sen kepada 66.5 sen, Sino Huaan Internatio­nal meningkat dua sen kepada 24 sen, Borneo Oil tidak berubah pada 10 sen, Palette Multimedia susut satu sen kepada 33.5 sen dan Hubline turun setengah sen kepada 11 sen.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 2.24 bilion unit bernilai RM1.88 bilion berbanding 1.22 bilion unit bernilai RM1.61 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 777.60 juta saham bernilai RM174.02 juta berbanding 854.18 juta saham bernilai RM193.59 juta kelmarin.

Jumlah dagangan waran susut kepada 125.58 juta unit bernilai RM11.38 juta berbanding 174.99 juta unit bernilai RM25.03 juta.

Barangan pengguna menyumbang sebanyak 63.92 juta saham yang didagangka­n di Pasaran Utama, barangan perusahaan (672.76 juta), pembinaan (91.73 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (706.89 juta), teknologi (82.38 juta), infrastruk­tur (9.09 juta), SPAC (3.59 juta), kewangan (35.92 juta), hotel (1.35 juta), hartanah (513.22 juta), perladanga­n (53.24 juta), perlombong­an (29,000), REIT (2.95 juta), dan dana tertutup (47,600).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia