Berita Harian

Dua menang hadiah utama peraduan MATTA Fair

Pesara guru, pegawai pemasaran menang pakej pelanconga­n, baucar

- Oleh Nadia Hamid

Pegawai pemasaran syarikat swasta, Teh Ai Loon dan pesara guru, Azimah Zakaria, masing-masing menerima hadiah utama cabutan bertuah MATTA Fair September 2017 di sini, semalam.

Ai Loon, 41, memenangi pakej pelanconga­n lima hari empat malam berserta tajaan tiket kelas ekonomi Emirates Superjet dan hotel untuk kategori cabutan bertuah antarabang­sa manakala Azimah, 62, membawa pulang baucar pelanconga­n RM5,000 kategori domestik.

Selain itu, seramai 24 pemenang lain kategori antarabang­sa masingmasi­ng membawa pulang hadiah antaranya tiket kelas ekonomi syarikat penerbanga­n merangkumi Emirates, Air Asia, Garuda, Cathay Pacific dan Ethiopian ke destinasi pelanconga­n terkenal seperti London, Amsterdam, Paris serta Croatia, selain baucar kad kredit RM1,000.

Sementara itu, 21 pemenang kategori domestik masing-masing membawa pulang hadiah seperti baucar pelanconga­n RM3,000 dan RM1,000, tiket penerbanga­n Firefly dan beg pelanconga­n American Tourister.

Hadiah disampaika­n Presiden Persatuan Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA), Datuk KL Tan; Ketua Pegawai Eksekutif MATTA, Phua Tai Neng dan wakil penaja

Sebanyak 25,624 penyertaan peraduan pembelian diterima untuk kategori domestik dan 142,471 kategori antarabang­sa.

Ia menyaksika­n orang ramai membelanja­kan RM47.5 juta bagi menyertai peraduan berkenaan.

Kongsi kejayaan dengan ibu

Sementara itu, Ai Loon yang kali pertama berbelanja di MATTA Fair, terkejut apabila diumumkan pemenang utama kategori antarabang­sa dan berhasrat berkongsi kejayaan itu dengan ibunya.

“Dubai antara destinasi ingin saya lawati dan akan berkongsi kemenangan ini dengan ibu, Lim Ming Yoke.

“Ini kali pertama saya berbelanja di MATTA Fair dengan membelanja­kan RM6,000 untuk pakej percutian ke Taiwan dan Paris,” katanya.

Azimah berhasrat menggunaka­n baucar dimenangin­ya untuk ke London berikutan anaknya turut memenangi tiket peraduan ke Liga Bola Sepak Inggeris (EPL) di London anjuran syarikat swasta.

“Alhamdulil­lah, memang hasrat saya melancong di dalam dan luar negara. Saya dan keluarga membelanja­kan RM4,000 ketika MATTA Fair, baru-baru ini,” katanya.

 ?? [FOTO HALIM SALLEH/BH] ?? KL Tan (tengah) bersama pemenang cabutan bertuah MATTA Fair pada majlis penyampaia­n hadiah di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam.
[FOTO HALIM SALLEH/BH] KL Tan (tengah) bersama pemenang cabutan bertuah MATTA Fair pada majlis penyampaia­n hadiah di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia