Berita Harian

26 anak autisme jalani sesi terapi berbasikal

-

Kuala Lumpur: Kira-kira 26 kanak-kanak autisme di Institut Masalah Pembelajar­an dan Autisme Malaysia (IMPIAN), semalam menjalani sesi terapi berbasikal anjuran Bank Rakyat, di sini.

Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani, berkata program itu bertujuan melatih kanak-kanak autisme untuk meningkatk­an dan merangsang keupayaan deria mereka.

“Terapi berbasikal ini mampu melatih deria penglihata­n, pendengara­n dan sentuhan mereka melalui aktiviti kayuhan.

“Ia juga membantu meningkatk­an kemahiran interaksi dan komunikasi, selain menerapkan sifat berani dalam persekitar­an terbuka,” katanya.

Program itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-63 bank berkenaan yang turut dihadiri Pengurus Perhubunga­n Awam dan Penjenamaa­n Korporat Bank Rakyat, Nizam Abu Samah; pengasas IMPIAN, Datin Dr K Mangalaven­i dan Pengasas ikayuh Untuk Autisme Malaysia, Rozki Abu Samah.

Sumbangan basikal

Ia adalah kesinambun­gan acara Kembara Kasih, jelajah berbasikal yang disertai 63 peserta pada 27 hingga 30 September lalu. Menerusi acara jelajah itu, Bank Rakyat turut menyumbang tiga basikal baharu untuk kegunaan penghuni IMPIAN.

Sementara itu, Mangalaven­i berkata, pihaknya bertuah kerana banyak organisasi memberi perhatian kepada kanak-kanak autisme.

“Kami amat gembira kerana banyak organisasi swasta dan korporat mula beri perhatian kepada kami, termasuk dengan menganjurk­an aktiviti berbasikal bersama kanak-kanak ini,” katanya.

 ?? [FOTO NIK HARIFF HASSAN/BH] ?? Kanak-kanak dari Institut Masalah Pembelajar­an & Austime Malaysia bersama kakitangan Bank Rakyat pada majlis ‘Terapi Basikal Bantu Anak Autisme'.
[FOTO NIK HARIFF HASSAN/BH] Kanak-kanak dari Institut Masalah Pembelajar­an & Austime Malaysia bersama kakitangan Bank Rakyat pada majlis ‘Terapi Basikal Bantu Anak Autisme'.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia