Berita Harian

Rapid KL buat perubahan laluan ke Cheras

-

Kuala Lumpur: Rapid Bus, operator perkhidmat­an bas hentihenti Rapid KL melakukan perubahan kecil atau tweaking untuk tiga laluan di kawasan Cheras bagi manfaat pengguna.

Laluan berkenaan adalah di Taman Desa Aman, Taman Gemilang dan Taman Mutiara.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Mohd Azam Omar, berkata pelarasan bagi laluan bas 400, 401 dan 450, yang turut menjadikan Stesen MRT Taman Mutiara satu daripada perhentian­nya, bermula 22 September lalu juga bagi meningkatk­an kemudahan dan keselesaan penumpang.

“Secara peribadi, saya bersedia untuk melakukan apa jua tweaking dan meluaskan kawasan perkhidmat­an bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Laluan tidak sesuai

“Bagaimanap­un, kami mempunyai kekangan sendiri termasuk laluan yang tidak sesuai untuk perjalanan bas yang lancar, bilangan bas dan kapten bas sedia ada, selain kepentinga­n operator lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Justeru, katanya, semua permintaan Rapid KL perlu dibuat dengan teliti dengan menimbang banyak faktor, termasuk perbincang­an dengan pihak berkuasa berkaitan, khususnya Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD).

Naik taraf susur keluar

“Rapid Bus sentiasa bersikap terbuka bagi sebarang cadangan seperti saranan penduduk Taman Desa Aman, Taman Gemilang dan Taman Mutiara. Namun, dalam membuat kajian terhadap saranan berkenaan, saya berharap pengguna juga melihat perkara itu daripada perspektif kami,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (JPSWPKL) akan memulakan kerja naik taraf susur keluar masuk Jalan Tun Razak Utara, di sini untuk kerja Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Sungai Bonus, secara berperingk­at mulai hari ini sehingga 1 Disember ini.

Dalam satu kenyataan semalam, JPSWPKL menasihatk­an pengguna lebuh raya menggunaka­n laluan alternatif ke Jalan Tun Razak menerusi Jalan Ampang dan Jalan Yap Kwan Seng.

“Bagi laluan ke Jalan Sultan Ismail atau ke pusat bandar, pengguna dinasihat menggunaka­n Jalan Raja Abdul Aziz dan Jalan Raja Abdullah,” katanya.

 ??  ?? Mohd Azam Omar
Mohd Azam Omar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia