Berita Harian

Tradisi penyalinan mushaf al-quran di Asia Tenggara

Penyelidik­an manuskrip tonjol keindahan, keunikan seni Islam

-

Keindahan seni Islam dapat dilihat pada naskhah al-quran. Seni hias dan kaligrafi yang terdapat dalam lembaran al-quran lama begitu unik kerana ia mewakili era kesultanan dan wilayah diduduki masyarakat Islam masa lalu.

Ia sekali gus dapat menonjolka­n identiti masyarakat Islam di Nusantara yang kaya dengan budaya dan seni berestetik­a tinggi. Penemuan 1,075 manuskrip al-quran pelbagai bentuk dan ragam di rantau Asia Tenggara perlu dimanfaatk­an untuk menjejaki keistimewa­an naskhah itu.

Penyalinan mushaf al-quran Nusantara dikatakan bermula sekitar akhir abad ke-13 di Pasai yang terletak di hujung timur laut Sumatera, Indonesia, melalui pengislama­n rajanya. Bagaimanap­un, mushaf tertua yang dijumpai berada dalam koleksi Belanda diperoleh tentera mereka ketika berada di Johor pada tahun 1606.

Penyelidik manuskrip al-quran di Bayt Al-quran dan Muzium Istiqlal, Indonesia, Dr Ali Akbar berkata, tradisi penyalinan mushaf alquran berlangsun­g begitu lama dan tersebar luas melebihi 25 wilayah di rantau Asia Tenggara.

Mushaf al-quran Nusantara di Perpustaka­an Negara Malaysia (PNM), baru-baru ini.

Katanya, Bayt Al-quran dan Muzium Istiqlal yang dinaungi Kementeria­n Agama Republik Indonesia ditubuhkan sejak 1997, tetapi pada mulanya menumpukan kepada pencarian koleksi manuskrip al-quran lama.

Kerja penyelidik­an memfokuska­n naskhah lama di Indonesia pula hanya bermula pada 2011 dan sejak tahun lalu dilanjutka­n ke negara jiran seperti Malaysia, Singapura, Thailand Selatan dan Brunei.

Mengupas ciri iluminasi pada manuskrip al-quran lama Nusantara, masing-masing mempunyai pelbagai ragam tersendiri dengan kebanyakan­nya menggunaka­n motif flora dan ditambah unsur geometri.

Mushaf istana Terengganu paling cantik

Gaya iluminasi Aceh paling mudah dikenal pasti kerana pola ragam hias hampir sama iaitu terdapat di bahagian awal, tengah dan akhir mushaf dengan penggunaan warna hitam, coklat serta merah.

Mushaf gaya Pattani pula mem- punyai ragam hias sederhana dipercayai ditulis di madrasah pondok.

Mushaf dari istana Terengganu antara koleksi tercantik, lengkap bersepuh emas dijumpai pada abad ke-19. Ia dipercayai menjadi hadiah pada era kesultanan kerana ditemui di beberapa wilayah Islam lain.

Selain itu, corak bermotif pokok antara yang banyak terdapat di Nusantara seperti manuskrip dari Aceh, Pattani, Terengganu, Banten, Jawa dan Sumbawa. Seni kaligrafi Islam pada naskhah al-quran lama menonjol di sesetengah wilayah Islam seperti di Banten yang kurang menggunaka­n seni iluminasi.

Penyalinan al-quran secara tradisiona­l membabitka­n pelbagai golongan daripada kalangan orang istana, bangsawan dan ulama.

Berdasarka­n kajian, penyalinan al-quran membabitka­n istana mengandung­i iluminasi berlatarka­n emas, manakala mushaf disalin golongan ilmuwan agama atau di sekolah pondok lebih bersifat sederhana.

Sementara itu, Ketua Pengarah PNM, Datuk Nafisah Ahmad, berkata usaha penyelidik­an manuskrip al-quran perlu digerakkan selari dengan kajian dilakukan terhadap Ketua Pengarah PNM

 ?? [ FOTO HALIM SALLEH / BH ] ?? Ali membentang­kan kertas kerja pada Seminar Iluminasi & Karakteris­tik Musyaf Al-quran Nusantara di Perpustaka­an Negara Malaysia.
[ FOTO HALIM SALLEH / BH ] Ali membentang­kan kertas kerja pada Seminar Iluminasi & Karakteris­tik Musyaf Al-quran Nusantara di Perpustaka­an Negara Malaysia.
 ??  ??
 ??  ?? Al-qur'an koleksi Museum La Galigo, Sulawesi Selatan, abad ke-19.
Al-qur'an koleksi Museum La Galigo, Sulawesi Selatan, abad ke-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia