Berita Harian

MASJID KITA

Masjid Jamek Kampung Baru paling ramai jemaah

- Oleh Latifah Arifin

Kekal sebagai masjid tumpuan ramai, Masjid Jamek Kampung Baru (MJKB), Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur menerima kehadiran jemaah mencecah sehingga 1,000 orang setiap waktu solat fardu.

Di saat masjid lain kebiasaann­ya sepi terutama pada waktu solat Zuhur dan Asar, MJKB dibanjiri jemaah sehingga memenuhi 10 saf.

Pengerusi MJKB, Datuk Idris Shaari Mat Aris, berkata ia adalah pemandanga­n biasa terutama pada hari bekerja di masjid berkenaan yang memang dikenali sebagai satu-satunya masjid di Wilayah Persekutua­n dengan jemaah paling ramai.

“Pada hari biasa ia menjadi tumpuan orang ramai yang bekerja dan berniaga di sekitar Kampung Baru, cuma hari Ahad sahaja jemaah sedikit berkuranga­n,” katanya.

Dibangunka­n di atas tanah wakaf sumbangan dermawan Allahyarha­m Bachik Abdullah yang berasal dari Melaka, MJKB melalui beberapa fasa pengubahsu­aian. Binaan asalnya mempunyai pengaruh seni bina rumah Melayu Melaka, kemudian diruntuhka­n kerana terlalu uzur.

Kali terakhir pembanguna­n semula MJKB dijalankan tiga tahun lalu dengan peruntukan kerajaan sebanyak RM20 juta untuk penambahan pelbagai kemudahan baharu bagi menampung keperluan jemaah yang semakin bertambah.

Bagaimanap­un, beberapa kelengkapa­n asal MJKB dikekalkan seperti bingkai kayu dihiasi seni kaligrafi Islam yang menghiasi pintu gerbang utama, selain mihrab dan beberapa tingkap di aras dua.

Pengurusan jenazah percuma

Sejak 1 Ogos lalu, jawatankua­sa masjid mengisytih­arkan pengurusan jenazah secara percuma kepada ahli kariah dalam kalangan penduduk asal Kampung Baru menggunaka­n wang hasil sumbangan orang ramai.

Selain itu, pengurusan masjid juga bakal membuka kelas komputer untuk pelajar sekolah dalam kalangan anak ahli kariah bermula November ini. Sebanyak 40 komputer ditempatka­n di bilik kuliah dan akan dilatih oleh guru berkemahir­an dalam bidang teknologi yang dilantik.

“Jawatankua­sa masjid berpandang­an lebih baik dimanfaatk­an sumbangan orang ramai. Oleh itu, masjid menawarkan pengurusan jenazah secara percuma daripada urusan mandi, kafan, solat, pengangkut­an sehingga menyiapkan tanah kubur yang memakan belanja RM1,200 kepada penduduk asal Kampung Baru,” katanya.

MJKB yang turut terkenal dengan keenakan bubur lambuk yang diberi secara percuma sepanjang Ramadan itu juga aktif mengadakan kuliah agama selepas solat Maghrib dan Subuh setiap hari.

Mulai Julai tahun lalu, suasana malam MJKB bertukar indah menerusi projek pencahayaa­n bernilai RM1.5 juta yang dilaksanak­an Perbadanan Pembanguna­n Kampung Bharu dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Idris Shaari Mat Aris, Pengerusi MJKB Masjid menawarkan pengurusan jenazah secara percuma daripada urusan mandi, kafan, solat, pengangkut­an sehingga menyiapkan tanah kubur yang memakan belanja RM1,200 kepada penduduk asal Kampung Baru”

 ??  ??
 ?? [ FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN /BH ] ?? Masjid Jamek Kampung Baru terkenal dengan keenakan bubur lambuk diberi secara percuma sepanjang Ramadan.
[ FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN /BH ] Masjid Jamek Kampung Baru terkenal dengan keenakan bubur lambuk diberi secara percuma sepanjang Ramadan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MJKB dilengkapi bilik untuk kelas komputer.
MJKB dilengkapi bilik untuk kelas komputer.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia