Berita Harian

Pendusta jauh dari rahmat Ilahi

-

Sesungguhn­ya, tiada jenayah yang lebih buruk daripada sikap berani memesongka­n kalam Allah SWT yang ada dalam kitab Taurat. Selain itu, mereka juga meninggalk­an sebahagian daripada yang diingatkan kepada mereka dalam kitab Taurat.

Usah tangguh taubat

Orang yang melanggar perjanjian telah merosakkan jiwa dan hatinya menjadi keras. Mereka berani membunuh nabi tanpa alasan yang benar, bercerita dusta mengenai Maryam, menghina puteranya yang menjadi rasul utusan Allah SWT untuk memperbaik­i akidah dan akhlak mereka yang sudah rosak.

Malah, mereka berusaha membunuhny­a dan berasa bangga dengan usaha jahat itu. Disebabkan perbuatan dosa itu, mereka jauh daripada rahmat Allah SWT.

Sudah menjadi sunnatulla­h, setiap perbuatan buruk pasti mempunyai kesan buruk terhadap jiwa pelakunya sehingga hati mereka menjadi keras untuk menerima kebenaran, tidak menerima nasihat dan hujah.

Oleh itu, mereka wajar mendapat kemurkaan dan kemarahan Allah SWT serta dijauhi daripada rahmat kurniaan-nya.

Langkah mengubah hati yang keras ialah dengan bertaubat kepada Allah SWT. Menjadi kewajipan sesiapa yang terpesong dari jalan kebenaran bersegera kembali kepada Tuhannya tanpa bertangguh kerana peluang itu belum tentu ada pada keesokan harinya.

Langgar janji

Setiap penangguha­n untuk melakukan amalan berfaedah ertinya melanjutka­n zaman kegelapan yang sepatutnya harus ditinggalk­an segera.

Al-quran menjelaska­n, hanya sebilangan kecil orang Yahudi yang setia kepada janjinya dengan Allah SWT. Ini kerana menipu dan melakukan pengkhiana­tan sudah menjadi kebiasaan kepada orang Yahudi sejak nenek moyang mereka lagi.

Rasulullah SAW diingatkan, Baginda akan melihat pengkhiana­tan dilakukan oleh Yahudi. Mereka adalah kaum yang tidak pernah menunaikan janji dan tidak akan membawa keamanan kerana manusia yang berani melanggar janji Allah SWT tidak diharapkan memenuhi janji dengan orang lain.

Nabi SAW sewaktu masuk ke kota Madinah ingin hidup berdamai dan bersahabat dengan masyarakat Yahudi. Justeru, Baginda mengadakan perjanjian yang isinya mereka tidak dibenarkan memerangi nabi, membantu orang lain memerangi dan menghasut pihak lain memusuhi Baginda.

Yahudi dikhianati

Masyarakat Yahudi memilih untuk menyerah diri dan Nabi SAW mengusir mereka dari Madinah. Ketika bersiap-siap untuk keluar dari kota Madinah, Abdullah Ibnu Ubay menghalang dengan janji akan menolong mereka memerangi Nabi SAW.

Dalam keadaan ini, Nabi

SAW menyedari mereka ingin berperang, maka Baginda bersama umat Islam keluar menemui mereka. Ali bin Abu Talib berada di hadapan sambil membawa bendera peperangan.

Sebaik tiba, tentera Islam mengepung kubu mereka dan apabila orang Yahudi berasakan tidak ada ruang untuk melawan, mereka meninggalk­an perkampung­an untuk menyelamat­kan diri. Ketika itu mereka menyedari janji Abdullah Ibnu Ubay hanyalah tipu daya dan pengkhiana­tan.

Nabi SAW mampu menghancur­kan mereka, tetapi memilih memberi kemaafan dan bersikap lemah lembut dengan sekadar mengusir mereka dari kota Madinah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia