Berita Harian

Persefaham­an kunci kestabilan negara majmuk

-

Hidup berbilang agama, budaya dan bangsa di negara ini memberi peluang kita menambahka­n iman benarnya setiap kenyataan Allah SWT dalam al-quran. Bagi umat Islam, tiada kegembiraa­n lebih utama apabila arahan Allah

SWT berjaya dilaksanak­an dan dipatuhi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: menutup pintu untuk hidup di tengah-tengah masyarakat majmuk. Masyarakat bukan

Islam di negara ini berpeluang mempelajar­i Islam daripada penduduk Muslim di sekeliling mereka.

Ajaran agama dan adat orang Islam tidak pernah dihalang untuk dipelajari bukan Islam. Tanpa mempelajar­i secara formal pun, mereka masih boleh melihat sekeliling mereka. Sebuah negara majmuk, persefaham­an antara kaum penting untuk kestabilan hidup bernegara.

Wujud rasa tidak selesa

Tidak dinafikan, ramai juga bukan Islam keliru dan gagal membezakan antara ajaran Islam serta adat orang Melayu yang tidak bertentang­an ajaran Islam. Selama mana tiada dalil khusus daripada al-quran, hadis dan ijmak ulama melarang perbuatan itu, maka adat berkenaan boleh diteruskan.

Contohnya, pada bulan Ramadan, terdapat tradisi bertukar-tukar juadah di kampung. Ia adalah satu amalan mulia yang menggabung­kan suruhan umum hadis supaya saling bertukar hadiah dipadankan dengan adat setempat.

Begitu juga adat lain yang mempunyai asas dalil umum al-quran mahupun hadis telah diserasika­n dengan adat setempat seperti berzikir beramai-ramai selepas solat berjemaah dan membaca surah Yasin pada malam Jumaat.

Bagi rakyat bukan Islam di negara ini, mereka dengan mudah boleh memahami beberapa perkara asas berkaitan orang Islam berdasarka­n pemerhatia­n kepada lingkungan sekeliling.

Justeru, bukan Islam di negara ini sepatutnya sedia maklum orang Melayu menganggap anjing itu najis mengikut mazhab fiqh aliran Syafie yang telah sekian lama bertapak dan mengakar kuat dalam kalangan umat Islam.

Perbuatan sengaja membawa anjing ke tempat sering menjadi tumpuan masyarakat umum seperti pusat beli-belah, rekreasi atau dobi layan diri, sudah tentu mewujudkan keadaan tidak selesa kepada masyarakat Islam.

Hormat bukan Islam

Sudah sedia dimaklumi arak haram bagi umat Islam. Maka, perbuatan membuat pesta arak sudah tentu mengguris hati umat Islam di negara ini.

Mungkin timbul kekeliruan dalam kalangan rakyat bukan Islam apabila mendapati segelintir orang Islam yang melanggar peraturan Islam. Namun, perbuatan mereka tidaklah mewakili umat Islam keseluruha­nnya.

Seperti berlaku dalam mana-mana masyarakat dan negara, sudah tentu ada anggota masyarakat yang melanggar peraturan sedia ada. Sebenarnya ramai bukan Islam menunjukka­n rasa hormat kepada orang Islam jika mereka mahu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia