Berita Harian

Wanita sasaran mudah jenayah siber

Tindakan dedah maklumat peribadi dalam talian antara punca kecurian identiti

- Oleh Norhafzan Jaafar

Pembabitan aktif wanita untuk melakukan urusan dalam talian, terutama membeli-belah dan transaksi eperbankan lain, dikhuatiri mendedahka­n mereka kepada ancaman jenayah siber dan kecurian identiti.

Kecenderun­gan melakukan urusan menerusi kaedah berkenaan menyebabka­n mereka mudah menjadi mangsa jenayah, apabila maklumat dan rahsia penting seperti butiran kewangan dan kredit terjejas.

Kebergantu­ngan kepada internet juga mendedahka­n golongan muda yang baru memulakan kerjaya dan di pertengaha­n karier kepada risiko menjadi mangsa penjenayah siber.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif RAM Credit Informatio­n Sdn Bhd (RAMCI), Dawn Lai mengingatk­an golongan berkenaan agar lebih berhati-hati dan tidak terlalu mudah mendedahka­n maklumat peribadi kewangan dan kredit.

“Ketika melakukan aktiviti dalam talian seperti membuat pembelian, pastikan portal membelibel­ah berkenaan adalah yang dipercayai. Mereka juga perlu sentiasa berwaspada setiap kali melakukan transaksi dalam talian,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena pelancaran Jagamyid, perkhidmat­an menjaga taraf kredit bagi mencegah kecurian identiti pengguna yang diperkenal­kan syarikat pengendali maklumat kredit dan perniagaan itu di sini, semalam.

Curi identiti jenayah serius

Lai berkata, kecurian identiti boleh menjadi jenayah serius yang mengancam masyarakat, selain mampu memberi kesan buruk terhadap rekod kewangan dan kredit individu terbabit, jika tidak dibendung.

Kajian RAMCI terhadap pengguna tahun lalu katanya, mendapati 14 peratus responden mengaku pernah mengalami kecurian identiti kali pertama, manakala 26 peratus responden mengenali mangsa yang pernah melalui pengalaman sama.

“Kecurian identiti bukan sahaja

Dawn Lai, Ketua Pegawai Eksekutif RAMCI

membebanka­n orang ramai, tetapi boleh disifatkan sebagai jenayah serius kerana membabitka­n maklumat kewangan dan kredit mangsa,” katanya.

Biro Perkhidmat­an dan Pengaduan Awam MCA dalam kajiannya pula mendapati jumlah kerugian dalam tempoh tiga tahun sejak 2014 kerana kecurian maklumat kewangan dan kredit adalah sebanyak RM2.82 juta dengan tertinggi pada 2016 sebanyak RM1.68 juta.

Pengguna kurang ilmu

Lai berkata, kurang pengetahua­n dalam pengurusan rancangan kewangan dikenal pasti antara punca kebanyakan rakyat negara ini terdedah kepada kes kecurian identiti dan maklumat kredit ketika berurusan dalam talian.

Katanya, khidmat seperti yang ditawarkan Jagamyid bertujuan membantu orang ramai yang bimbang mengenai jenayah siber dan kecurian identiti.

Khidmat pemantauan kredit individu pertama di Malaysia itu berfungsi menghantar maklumat menerusi e-mel sebaik mendapati perubahan profil kredit atau urusan seperti permohonan kad kredit, serta pinjaman menggunaka­n nama individu berkenaan.

“Pelanggan bukan sahaja mampu menarik nafas lega apabila mengetahui identiti mereka terjaga, tetapi juga membantu memperbaik­i taraf kredit supaya menjadi individu lebih berdisipli­n dalam mengawal urusan kewangan,” katanya.

Sementara itu, seorang wanita yang pernah menjadi mangsa manipulasi dan kecurian identiti berkata, beliau tidak menyangka maklumatny­a dimanipula­si apabila melayari satu pautan di internet mengenai produk kecantikan dari luar negara.

Mangsa berusia 28 tahun dan enggan dikenali berkata, beliau tertarik dengan produk kosmetik diiklankan dan memasuki pautan berkenaan untuk memeriksa harga barangan bagi mendapatka­n maklumat lanjut.

Mangsa diminta isi maklumat

“Sebelum boleh mendapatka­n perincian produk terbabit, saya diminta mengisi maklumat peribadi seperti nama dan alamat rumah. Tiada pun urusan jual beli sepanjang saya melayari web berkenaan.

“Bagaimanap­un, seminggu selepas itu saya menerima produk kosmetik terbabit dan dipaksa membuat bayaran biarpun tidak pernah menyatakan persetujua­n untuk membeli atau membuat bayaran,” katanya.

Mangsa hanya membiarkan perkara itu kerana tidak tahu bagaimana penyelesai­annya sehinggala­h sebulan selepas itu, beliau menerima notis meminta menjelaska­n bayaran produk yang tidak pernah dibelinya itu.

Kecurian identiti bukan sahaja membebanka­n orang ramai, tetapi boleh disifatkan sebagai jenayah serius kerana membabitka­n maklumat kewangan dan kredit mangsa”

 ?? [FOTO OWEE AH CHUN/BH] ?? Lai memegang sepanduk Jagamyid selepas pelancaran­nya di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO OWEE AH CHUN/BH] Lai memegang sepanduk Jagamyid selepas pelancaran­nya di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ?? Keratan akhbar BH pada 10 Jun.
Keratan akhbar BH pada 10 Jun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia