Berita Harian

Wanita kurang diberi peluang jawatan tinggi

Tiada ruang tingkat kerjaya punca bersara awal, tinggal bidang

- Oleh Syalikha Sazili

Tiada peluang wanita menjawat jawatan tinggi dalam bidang nuklear tempatan menyebabka­n mereka memilih untuk meninggalk­an bidang ini atau bersara awal.

Presiden Women in Nuclear Malaysia (WIN), Dr Noor Hasnah Mohamed Khairullah, berkata setakat ini pembabitan wanita dalam agensi nuklear ialah kira-kira 40 peratus secara keseluruha­n.

Katanya, daripada jumlah itu tiada seorang wanita diberi peluang memegang lima jawatan tertinggi dalam carta organisasi dalam bidang itu.

“Sungguhpun organisasi ini sudah menjangkau lebih 40 tahun. Akibatnya, ramai wanita bersara awal atau meninggalk­an bidang ini,” katanya kepada BH.

Dr Noor Hasnah berkata, sejak penubuhan Agensi Nuklear Malaysia yang pada asalnya dinamakan Pusat Penyelidik­an Atom Tun Ismail (PUSPATI) pada 1975, ramai wanita sudah menyumbang tenaga dan kepakaran untuk mendukung program penggunaan teknologi nuklear di negara ini.

Katanya, selain di agensi nuklear, ada wanita yang bekerja dalam bidang perundanga­n, kawalan teknologi nuklear dan penggunaan bahan radioaktif di Lembaga Pelesenan Tenaga Atom serta di Malaysian Nuclear Power Corporatio­n.

“Seperti juga negara yang mempunyai program tenaga nuklear yang jauh lebih maju, saya berpendapa­t kerajaan perlu mengambil langkah menggalakk­an lebih ramai wanita menceburi bidang nuklear.

“Statistik membuktika­n kini graduan wanita dalam bidang STEM

Noor Hasnah Mohamed Khairullah, Presiden WIN

(Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik) melebihi lelaki. Justeru, usaha lebih giat diperlukan supaya peluang kenaikan pangkat lebih tinggi khususnya terbabit sebagai pembuat keputusan,” katanya.

Tonggak sumber manusia

Sementara itu, dalam satu kenyataan, pada Persidanga­n Nuklear Dunia diadakan di ibu negara, baru-baru ini, mendedahka­n pembabitan wanita dalam sektor berkenaan digalakkan di negara maju.

Antara negara terbabit seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan juga Arab Saudi.

Timbalan Presiden Persekutua­n Wanita China (ACWF), Song Xiuyan dilaporkan sebagai berkata, jumlah populasi wanita di negara itu paling tinggi di dunia turut memperjuan­gkan kesaksamaa­n gender, selain menggalakk­an mereka memperbaik­i ekonomi.

Katanya, pertumbuha­n wanita China dalam sumber manusia dalam bidang sains dan teknologi meningkat begitu mendadak.

Sehingga akhir tahun lalu, lebih 30 juta wanita berada dalam sektor sains dan teknologi atau 40 peratus secara keseluruha­n.

“Tenaga nuklear adalah kebanggaan pada abad ke-20. Berdasarka­n statistik 25 peratus pekerja wanita di China menceburi sektor nuklear, manakala 75 peratus mereka yang berusia di bawah 45 tahun.

“Cukup ramai wanita menyumbang dalam bidang penyelidik­an, nuklear, perubatan, pertanian, pendidikan dan kejurutera­an.

“Justeru wanita adalah tonggak sumber tenaga manusia yang diperlukan untuk membangunk­an sumber tenaga nuklear di China,” katanya dalam satu kenyataan pada Persidanga­n Nuklear Dunia Kelima.

Tiada seorang wanita pegang lima jawatan tertinggi dalam carta organisasi”

 ?? [FOTO ROSELA ISMAIL/BH] ?? Noor Hasnah beramah mesra dengan penceramah dan ahli WIN pada Forum Sumbangan Wanita Terhadap Program Nuklear Kebangsaan 2017 di UNITEN, Bangi.
[FOTO ROSELA ISMAIL/BH] Noor Hasnah beramah mesra dengan penceramah dan ahli WIN pada Forum Sumbangan Wanita Terhadap Program Nuklear Kebangsaan 2017 di UNITEN, Bangi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia