Berita Harian

Manfaat perniagaan dalam talian jual produk sendiri

-

Kuala Lumpur: Bidang perniagaan dalam talian semakin mendapat perhatian masyarakat, khususnya wanita kerana ia mampu memberikan pulangan pendapatan lumayan berbanding perniagaan secara fizikal.

Pengasas produk penjagaan kulit, Ileesh Marketing, Nurul Asmahan Zulfikar, berkata kelebihan perniagaan dalam talian juga membuka ruang wanita memulakan perniagaan sendiri.

Katanya, ramai usahawan wanita meraih untung lebih lima angka hanya menerusi laman sesawang yang dikelolaka­n mereka.

“Wanita perlu mengubah persepsi perniagaan dalam talian bukan untuk mencari duit tambahan tetapi, ia lebih kepada penghasila­n produk sendiri.

“Manfaat kemahiran dan pengalaman perniagaan dalam talian juga memberi pengalaman perniagaan sendiri apabila berkeboleh­an dan mempunyai sumber modal sendiri,” katanya kepada BH.

Jadi ejen mudah

Katanya, permintaan pasaran di alam maya semakin meningkat menyebabka­n pertumbuha­n blog dan laman sesawang menawarkan khidmat jualan juga bagaikan cendawan selepas hujan.

“Wanita juga boleh mendapatka­n maklumat di hujung jari untuk mengembang­kan perniagaan dan kualiti produk.

“Peluang perniagaan mudah ini perlu direbut wanita jika mahukan kehidupan lebih positif tidak kira sama ada bergelar graduan, suri rumah atau profesiona­l,” katanya.

Beliau berkata, bagi ibu tunggal umpamanya atau suri rumah boleh menceburi bidang perniagaan dalam talian dengan menjadi ejen atau pengedar produk tertentu yang banyak di pasaran.

Kaedah perniagaan berkenaan lebih mudah kerana sesetengah produk jenama popular dan dikenali jadi mereka dapat menjual dengan lebih baik.

“Jadi ia membuka peluang mereka membantu menjalanka­n pemasaran sebagainya untuk produk terbabit,” katanya.

 ??  ?? Nurul Asmahan menunjukka­n serum penjagaan diri Ileesh diperkaya dengan khasiat minyak semula jadi.
Nurul Asmahan menunjukka­n serum penjagaan diri Ileesh diperkaya dengan khasiat minyak semula jadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia