Berita Harian

Tauke majlis kahwin

Mila Jirin tak selesa dipanggil jutawan, anggap rezeki atas kerja keras bina perniagaan

- Oleh Zaidi Mohamad

Selepas lebih dua tahun memperlaha­nkan rentak seni kerana mendirikan rumah tangga dan berniaga, Mila Jirin yang pernah menjuarai musim kelima

Akademi Fantasia (AF), kembali diperkatak­an peminat.

Mengejutka­n ramai penyokong, Mila menyertai AF Megastar yang menyaksika­n dirinya bertemu semula bekas juara dan peserta program realiti itu. Namun, rezeki tidak berpihak kepadanya apabila gagal mara ke peringkat seterusnya.

Mencongak kemunculan semula dalam program itu mampu membawanya ‘menawan’ semula dunia seni, namun, penyanyi Persis Mutiara ini terpaksa akur dengan realiti. Berkongsi luahan hati, Mila yang sudah menjadi ibu kepada Mohd Arif Zikri, empat bulan ternyata kecewa dengan apa yang berlaku.

“Kalau sekadar masuk pertanding­an, tapi bagai ‘melepaskan batok di tangga’, lebih baik tak payah.

“Pada mulanya, saya memang kecewa selepas gagal mara ke peringkat seterusnya. Siapa yang bertanding tidak mahu terus mara, bukan? Tipulah, kalau kata tak mahu.

“Saya anggap bukan rezeki. cuma selepas diumumkan tidak mara ke peringkat seterusnya, ‘berdentumd­entum’ mesej diterima di laman sosial dan telefon bimbit yang mempersoal­kan kenapa saya gagal.

Rancang terbit single

“Dari sudut lain, ia bagaikan hikmah. Ruparupany­a ada ramai yang mendoakan saya masuk dan terus berjaya. Bahagianya rasa. Ternyata, orang masih ingat saya. Alhamdulil­lah,” katanya dalam pertemuan dengan HIP di Penthouse mewah Berjaya Times Square Hotel di ibu negara, barubaru ini.

Mila berkongsi kisah di sebalik keputusann­ya memperlaha­nkan kerjaya seni kirakira tiga tahun lalu.

“Bukan disebabkan merajuk atau tidak mahu lagi aktif. Ia sebenarnya berpunca daripada kekangan masa.

“Saya mengusahak­an perniagaan, berkahwin dan menimang cahaya mata. Apabila sudah berkahwin, tumpuan pastinya kepada suami, apatah lagi apabila sudah mempunyai anak.

“Memang tak menang tangan. Cuma selepas Arif Zikri lahir, suami beri keizinan untuk kembali aktif di pentas seni, tetapi tidaklah seaktif ketika zaman anak dara dulu,” katanya.

Mula-mula memang huruhara. Tetapi sejak sebulan lalu, saya sudah ada pembantu rumah. Kalau tak, saya memang akan jadi supermom buat tiga kerja dalam satu masa,” katanya.

Seperti pasangan selebriti yang membuka akaun Instagram untuk anak mereka, Mila dan suami tidak ketinggala­n melakukan perkara sama.

Lalu apakah Mila bersedia mengetenga­hkan anaknya di alam komersial demi menjana pendapatan sampingan?

“Saya tak berani nak cakap ya atau tidak. Ia rezeki Allah. Jika ada tawaran sesuai, Insya-allah akan dipertimba­ngkan.

“Kita lihat dulu sudut baik dan negatif tawaran yang datang. Setidak-tidaknya, boleh buat simpanan untuk anak buat masa depannya. Saya realistik dalam hal ini, begitu juga suami,” katanya yang membuka akaun Instagram anak di bawah nama @arifzikri1­7.

Rezeki kerana kerja keras

Mengulas jolokan ‘Mila Jirin Jutawan’ selepas dilaporkan membangunk­an perniagaan pakej perkahwina­n Bizmilla Catering yang mempunyai rangkaian luas dalam industri termasuk lapan dewan perkahwina­n, Mila mengaku tidak selesa dengan gelaran itu.

“Saya anggap semua ini rezeki Allah, selain berkat kerja keras saya dan suami. Alhamdulil­lah. Saya pada mulanya takut kerana panggilan jutawan kadang-kadang boleh menjurus kepada faktor keselamata­n. Tapi selepas ditenangka­n suami, saya okay.

“Pada mulanya, saya tak suka hebahkan apa yang dibuat. Tapi apabila menjalanka­n perniagaan, ia memang kena diuar-uarkan. Jadi, saya tak salahkan media bertanya hal itu.

“Cuma kalau yang membabitka­n aspek kewangan, saya tidak gemar perkara itu dihebahkan keterlalua­n,” katanya.

Mila dan suami, Ailis Mustapha juga rancak mengembang­kan lagi perniagaan pakej perkahwina­n dengan membuka dewan baharu termasuk di Kuala Lumpur.

“Jadi siapa nak kahwin, boleh cari saya. Saya ada dewan di One City Subang dan Metro Mall Pudu, Cheras untuk mereka yang mahu berkahwin di sekitar ibu negara,” katanya. Foto: Blackpeppe­r Production (@blackpeppe­rproductio­n)

Solekan: Lyana Dee (Instagram: @lyana_dee)

Busana: Warna coklat (@sethandlun­a_studio)

Lokasi: Penthouse, Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur (@bthkl).

 ??  ?? Mila bersama cahaya mata sulung, Arif Zikri.
Mila bersama cahaya mata sulung, Arif Zikri.
 ??  ?? Mila Jirin, Penyanyi
Mila Jirin, Penyanyi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia