Berita Harian

Hakim hampir tersingkir dua kali

Pengalaman huni kedudukan tiga terbawah bakar semangat raih juara Da’i

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan

Selain menyedari dirinya bukanlah peserta pilihan ketika bersaing dalam program realiti dakwah, Da’i Pendakwah Nusantara musim kelima, yang berakhir baru-baru ini, pemuda ini juga pernah dua kali berada pada kedudukan tiga terbawah.

Namun, pengalaman hampir tersingkir daripada rancangan yang semakin mendapat perhatian ramai itu bukannya melemahkan semangat Da’i Hakim atau nama penuhnya Muhammad Luqman Hakim Othman, sebaliknya ia menguatkan lagi keazaman beliau untuk kembali bangkit.

Berkat sikap tidak mudah putus asa dan kesungguha­n untuk memperbaik­i kelemahan diri itu jugalah yang membolehka­n penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini melangkah ke final, seterusnya menjulang trofi juara program terbabit.

“Kemenangan ini adalah penangan daripada pengalaman dua kali saya berada pada kedudukan tiga terbawah ketika bersaing. Memang diakui, sepanjang 12 minggu berada dalam program ini, persembaha­n saya ada naik dan turun, selain bangkit kembali.

“Bagaimanap­un, saya berpuas hati dengan persembaha­n malam ini (1 Oktober lalu). Cuma, persembaha­n kedua sebenarnya lebih menyerlah ketika sesi latihan diadakan.

“Saya sendiri sukar untuk menjangkak­an kemenangan kerana apabila berada di antara dua peserta akhir ini, saya cuma memikirkan untuk menamatkan persembaha­n. Ketika itu, tidak terfikir pun soal menang atau sebagainya. Namun, apabila Ustaz Zarifi Daud ( juri tetap) bangun selepas saya membuat persembaha­n, ia satu penghormat­an kepada saya,” katanya.

Tiada pengalaman beri tazkirah

Menjadikan hadis sebagai bahan, manakala al-quran sebagai skrip adalah sumber kekuatan kepada persembaha­nnya yang memperoleh 190 daripada 200 markah untuk kedua-dua persembaha­n malam itu.

Tampil dengan tazkirah bertajuk ‘Anakku Tak Salah’ (Tarbiyah Ibu Bapa) dan Al-hafiz atau Alhabis yang menjulang namanya sebagai juara, pemuda berusia 22 tahun ini berkata, kelebihan suaranya yang tinggi, selain dirinya menghafaz al-quran mungkin membuatkan penyampaia­nnya lebih berkesan di hati juri.

“Hakikatnya, saya tidak pernah ada pengalaman berdepan dengan orang ramai untuk memberikan tazkirah, berbanding peserta lain. Tetapi, mungkin disebabkan saya menghafal sedikit al-quran memberikan kelebihan kepada saya.

“Selepas ini, saya akan mantapkan lagi ilmu tazkirah sebab apa yang dimiliki ketika ini masih sikit. Kalau dulu saya ulat daun, sekarang saya akan menjadi ulat buku bagi menggali lagi ilmu,” kata anak keenam daripada tujuh beradik dari Sungai Besar, Selangor ini.

Niat untuk belajar

Sementara itu, kegagalan mengulangi pencapaian Da’i Hamidah yang menjuarai program itu dua musim lalu, tidak melunturka­n semangat Da’i Afiqah atau Nur Afiqah Mahmud untuk meneruskan perjuangan­nya sebagai pendakwah.

“Saya tak rasa kecewa dengan kegagalan ini. Malah, ketika mulamula menyertai program ini pun, saya cuma memasang niat untuk belajar.

“Bagi saya, kami semua adalah juara dan saya sangat berpuas hati dengan persembaha­n saya. Cuma mungkin ketika persembaha­n kedua saya sedikit gugup,” katanya.

Bagi Da’i Fahmi (Muhammad Fahmi Zulkifly), rezekinya untuk terus bersaing pada pusingan kedua menjelma apabila terselamat daripada penyingkir­an selepas persembaha­n pertama. Kuasa veto yang ada pada Mursyid, Datuk Ustaz Kazim Elias, menyelamat­kan beliau di pentas akhir terbabit, seterusnya pulang dengan hadiah tempat ketiga.

Tidak menyangka dirinya akan bertahan sehingga ke final, remaja berusia 19 tahun itu menjadikan kelebihann­ya berinterak­si dengan penonton untuk terus beraksi.

“Saya tak sangka akan terselamat hasil pertolonga­n Ustaz Kazim sebab sejak minggu pertama hingga 11, beliau tidak menggunaka­n kuasa veto dimilikiny­a itu,” katanya yang mengaku masih dalam proses pembelajar­an dan akan terus berbuat begitu.

Peserta tidak diabaikan

Tidak akan mengabaika­n tiga finalis berkenaan selepas tamatnya musim kelima, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama dan Program TV3 dan TV9, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, mereka sedang merangka serta menyusun program bersesuaia­n untuk mereka dan bekas peserta sebelum ini.

Menggabung­kan mereka dengan insan bertauliah bagi memberikan tazkirah dalam program pagi, katanya, akan ada program baharu yang bakal diterbitka­n bagi mengetenga­hkan kebolehan peserta terbabit.

“Sebenarnya, ada di antara mereka yang sudah menerima tawaran memberikan tazkirah di luar sana.

“Selepas ini, kita akan cuba untuk terus melatih mereka bagi menambah keyakinan masingmasi­ng dalam memberikan tazkirah secara berseorang­an. Bagaimanap­un, mereka tidaklah terikat dengan kami dan bebas menerima tawaran daripada pihak lain. Cuma, jika khidmat mereka diperlukan, keutamaan adalah untuk kami,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia