Berita Harian

Terjemahan karya babit tiga bahasa kerja rumit

Proses perlu fahami falsafah budaya, sejarah sesuatu bangsa

-

Penterjema­han karya membabitka­n tiga bahasa tidak mudah kerana masih memerlukan rujukan karya asal.

Prosesnya lebih rumit berbanding terjemahan karya misalnya bahasa Inggeris ke bahasa Melayu kerana hanya membabitka­n peralihan antara dua bahasa.

Ia diakui penterjema­h yang juga bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar, ketika menterjema­hkan buku

Living a Better Life yang asalnya ditulis Cao Guobing dalam bahasa Cina.

Syed Hamid berkata, usaha menterjema­hkan karya Guobing kepada Kesejahter­aan Hidup Yang Abadi itu, memerlukan­nya untuk memahami falsafah budaya dan sejarah sesuatu bangsa supaya apa yang diterjemah­kan lebih tepat.

“Bagi memastikan terjemahan yang saya lakukan betul, saya merujuk kepada pakar bahasa Cina sebagai usaha tambahan.

Sistem nilai, norma hidup

“Terjemahan naskhah ini ke bahasa Melayu sangat relevan, terutama ketika banyak nilai, tanggungja­wab dan amanah hilang daripada masyarakat kita.

“Ia memiliki kandungan

Syed Hamid Albar,

yang bukan sahaja dapat melahirkan sistem nilai tinggi, malah norma hidup baik, sekali gus menjadi motivasi untuk saya menterjema­h naskhah ini,” katanya pada Majlis Diskusi Karya dan Pelancaran Kamus Peribahasa Melayu-mandarin

serta Kesejahter­aan Hidup Yang

Abadi di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini.

Yang turut hadir, Penasihat Sosiobuday­a Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim; bekas Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, Datuk Abang Sallehuddi­n Abang Shokeran; Presiden Pusat Kebudayaan Han Malaysia (HAN), Datuk Goh Hin San dan Guobing.

Seru tak amal rasuah

Sementara itu, Rais berkata, karya itu menyeru pembaca menjadi sederhana dan bersahsiah tinggi serta tidak mengamalka­n rasuah dalam apa keadaan sekalipun.

“Semua pemimpin perlu menyelak naskhah ini untuk meneliti pemikiran ditampilka­n terutamany­a pemimpin yang baru mahu menceburka­n diri dalam politik.

“Pendekatan dalam buku ini sangat berharga dan saya lihat disentuh dengan begitu baik serta dapat memberi kesedaran terutama ketika kita giat memerangi rasuah,” katanya.

Penterjema­h buku Living a Better Life Terjemahan naskhah ini ke bahasa Melayu sangat relevan, terutama ketika banyak nilai, tanggungja­wab dan amanah hilang daripada masyarakat kita”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia