Berita Harian

Pendidikan TVET di sekolah tahfiz mampu lahirkan tenaga kerja seimbang

-

Pembentang­an Bajet 2018 difahamkan membabitka­n sejumlah besar peruntukan kepada sekolah dan maahad tahfiz. Ini usaha kerajaan bagi memartabat dan memperting­kat kurikulum sekolah berasaskan pengajian al-quran.

Justeru, dengan mempelbaga­i kurikulum, sekolah pengajian tahfiz dan maahad dengan penerapan pendidikan teknikal dan latihan vokasional melalui TVET adalah idea yang kreatif dan sesuai dengan arus liberalisa­si pendidikan.

Miliki kemahiran tertentu

Demokrasi pendidikan sememangny­a menuntut perubahan sistem pendidikan khususnya berkaitan pendidikan TVET di Malaysia.

Pendidikan TVET yang bermakna adalah hasil usaha mempelajar­i suatu kemahiran dalam satu tempoh tertentu sehingga orang itu mahir dan pakar dalam bidang diceburiny­a.

Pencapaian individu itu diukur melalui tahap penguasaan bidang latihan dalam bentuk teoretikal dan praktikal berterusan berdasarka­n perubahan sains dan teknologi.

Melalui pengenalan dan pengajaran subjek berkaitan TVET ini di samping kurikulum pengajian alquran jelas elemen yang syumul terhadap melahirkan individu dan generasi holistik, mapan dan seimbang boleh dilakukan dengan berkesan.

Jika kerangka pendidikan ini diwujudkan dan dilaksanak­an dalam masa terdekat, Malaysia satusatuny­a negara yang memperkena­l konsep ‘embedded-learning’ dengan penerapan TVET dan pengajian al-quran dalam kurikulum pengajaran dan pembelajar­an di sekolah dan maahad tahfiz.

Berdasarka­n konsep ini, pengenalan TVET pada peringkat rendah melalui sekolah dan maahad tahfiz ini membuka peluang kepada pelajar lepasan pengajian tahfiz memperoleh pengetahua­n lebih mendalam dalam bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional ini pada peringkat awal usia mereka.

Secara sistematik­nya, pelajar boleh mempelbaga­i bidang kemahiran mereka di samping menguasai ilmu pengajian berasaskan alquran sejurus menamatkan pengajian di sekolah dan maahad tahfiz.

TVET adalah pendidikan berasaskan teknikal dan latihan vokasional. Melalui TVET sebagai medium pengajaran subjek berasaskan teknikal dan kemahiran, pelajar didedahkan kepada ilmu sains industri dan teknologi abad ke-21 yang menekankan kepada keberhasil­an, pengaplika­sian teknologi dan penggunaan mesin sesuai dengan keperluan dan kemajuan industrial­isasi.

Kurang tenaga pakar

Kebergantu­ngan terhadap tenaga kerja mahir dari negara luar dilihat satu kerugian kepada negara. Faktor ini disebabkan kita kekurangan pakar dalam kalangan tenaga kerja tempatan yang sepatutnya boleh dilatih dan diberi latihan yang sewajarnya.

TVET adalah pendidikan berasaskan teknikal dan latihan vokasional ini adalah inisiatif kerajaan dalam melatih tenaga kerja mahir dan berkepakar­an tinggi selari dengan Dasar Revolusi 4.0 yang ukur kemajuan dan peningkata­n taraf sosioekono­mi sesebuah negara berdasarka­n tenaga kerja mahir kreatif dan inovasi melalui reka cipta dan idea yang boleh menjadi sumber kepada keberhasil­an produk dan perkhidmat­an.

Usaha kerajaan mengangkat pendidikan teknikal dan latihan vokasional melalui TVET Malaysia adalah usaha murni bagi menaiktara­f profesion berasaskan TVET yang sebelum ini dipandang profesion kelas kedua.

Bahkan, bidang TVET ini diajar pada peringkat pendidikan rendah lagi di kebanyakan negara maju seperti Jerman, Amerika Syarikat dan Australia.

Bidang TVET ini diperluask­an lagi dengan peluang yang diberikan kepada pelatih untuk mempelajar­i teknologi terkini di negara luar yang mengamalka­n inovasi dan ciptaan baharu bagi industri pemesinan, pengeluara­n dan pengkomput­eran.

Sejumlah pelaburan besar diperuntuk­kan oleh negara ini melalui pemberiaan biasiswa, endowmen, dan geran penyelidik­an kepada pelatih untuk belajar teknik dan kemahiran berkepakar­an tinggi untuk dibawa pulang dan diaplikasi­kan dalam sektor industri dan pekerjaan.

Manusia holistik

Sebagai kesimpulan, pembentuka­n manusia yang holistik dari segi moral, sahsiah dan berkemahir­an tinggi mampu dilahirkan melalui pengajian berasaskan alquran dan pendidikan berasaskan teknikal dan latihan vokasional.

Negara kita adalah acuan kita sendiri. Justeru, yakinlah bahawa apa yang kita lakukan ini untuk pelaburan jangka panjang yang akan menguntung­kan dalam usaha melahirkan generasi diinginkan.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Penuntut berminat dengan model kereta api laju buatan Korea Selatan ketika Festival Kerjaya TVET membuktika­n bidang teknikal boleh diterokai semua tanpa mengira jantina.
[FOTO HIASAN] Penuntut berminat dengan model kereta api laju buatan Korea Selatan ketika Festival Kerjaya TVET membuktika­n bidang teknikal boleh diterokai semua tanpa mengira jantina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia