Berita Harian

Pertimbang insentif, dana untuk anak yatim

-

amalan budaya kerja suatu ibadat adalah falsafah antara enam teras mendepani TN50.

Dengan meneliti teras itu keperluan kebajikan rakyat khususnya anak yatim perlu mendapat perhatian pihak kerajaan agar kualiti hidup bukan untuk bersaing tapi kebajikan mereka terpelihar­a.

Pertubuhan Kasih Anak Yatim Malaysia (KAYMA) sebuah NGO yang memberi perhatian kepada kebajikan dan pendidikan mereka meminta kerajaan mempertimb­angkan beberapa cadangan dan keperluan sejumlah dana untuk NGO anak yatim dalam Bajet 2018 kelak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggarisk­an enam tunjang menuju Transforma­si Nasional 2050 (TN50) ketika menyampaik­an ucapan pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmat­an Awam Ke15 (MAPPA XV) di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC).

Antaranya, kerangka maqasid syariah sebagai asas pembentuka­n negara, 2017 sebagai tahun penyampaia­n, berpegang teguh pada sifat kesetiaan, membiasaka­n budaya kerja luar kelaziman dan siap siaga hadapi revolusi perindustr­ian ke-4.

Dengan pendekatan meneliti keperluan dan kebajikan mereka selaras ajaran Islam antara cabang masuk syurga.

Beberapa hadis nabi diriwayat oleh sahabat seperti Sahl bin Sa’ad melalui perawihadi­s oleh Albukhari dan Tirmidzi Abu Dawud sinonim memenuhi keperluan anak yatim akan masuk syurga jaraknya hanya dua jari, iaitu di antara jari telunjuk dengan jari tengah.

Usap kepala anak yatim

Malah manusia yang keras hati dan degil akan berubah sikap melalui amalan usap kepala dan memberi makan kepada anak yatim seperti dijelaskan dalam alquran dalam surah al-insan: 8 apalagi kejian dan membiarkan mereka keperitan hidup seperti status pendusta agama dijelaskan dalam ayat 1 dan 2 surah al-ma’un.

Tegahan akan harta anak yatim dalam surah Al-nisa:10, Al-an’am: 152 dan Al-israa’: 34. Jadi, KAYMA memohon kepada kerajaan supaya dapat mempertimb­ang insentif seperti berikut:

1. Yuran sekolah dikecualik­an.

2. Bantuan wang one 0ff awal tahun persekolah­an.

3. Biasiswa kepada pelajar cemerlang akademik di institusi pendidikan awam.

4. Memberi kupon/diskaun/pas pengangkut­an ke sekolah

5. Kesihatan aspek bantuan perubatan kes penyakit kronik, rawatan dan perkhidmat­an seperti khatan atau bersunat.

Oleh itu, negara makmur rakyat sejahtera kerana pemerintah mempunyai rakyat yang setia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia