Berita Harian

30 bot pelarian Rohingya dimusnah

Bangladesh bertindak halang penyeludup­an manusia, dadah

- Cox’s Bazar

Pi hak berkuasa Bangladesh bertindak memusnahka­n sekurangku­rangnya 30 bot kayu sebagai langkah menghalang kapten kapal tempatan itu mengaut kesempatan menyeludup pelarian Rohingya dan juga membawa masuk dadah dilarang ke negara itu.

Pengawal sempadan merampas kapal dan menahan kru bot selepas mereka dipintas, Selasa lalu ketika membawa lebih 700 pelarian menyeberan­gi sungai dari wilayah Rakhine.

Kru bot juga ditangkap memiliki kirakira 100,00 pil perangsang ‘yaba’ yang popular tetapi dilarang di Bangladesh.

“Kru kapal ini menyeludup orang,” kata seorang pengawal sempadan yang enggan namanya disiarkan kerana dia tidak dibenarkan bercakap dengan media.

“Kami diarah memusnahka­n 30 bot yang tidak menggunaka­n enjin,” katanya dan menambah bot itu digunakan untuk mengelak daripada ditahan pihak berkuasa.

Pegawai kerajaan juga mengesahka­n 30 orang, kebanyakan warga Rohingya yang menetap di Bangladesh, dipenjarak­an enam bulan atas kesalahan mengenakan tambang tinggi kepada pelarian yang menyeberan­gi Naf.

Lebih perit, pelarian Rohingya di Shah Porir Dwip memberitah­u bahawa kru kapal menuntut mereka menyerahka­n emas, barang kemas serta wang tunai sebelum membawa mereka menyeberan­gi sungai ke Bangladesh.

Susulan kempen ugutan

Sementara itu, militan Rohingya dilaporkan membakar rumah di Rakhine beberapa hari lalu bagi menggalakk­an tindakan minoriti Islam itu melarikan diri, menurut pejabat ketua komander Myanmar, bagi menolak tuduhan baru mendakwa tentera melakukan perbuatan khianat itu.

Etnik Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh mendakwa ketibaan baru di negara jiran Myanmar itu susulan kempen ugutan dan perbuatan khianat membakar kampung dilakukan tentera Myanmar di beberapa bahagian di Rakhine.

Namun, dalam laman Facebook pejabat ketua tentera, Min Aung Hlaing, berkata kebakaran tujuh rumah di kampung Rohingya awal kelmarin dimulakan oleh Einu atau militan Tentera Pembebasan Arakan Rohingya (ARSA)

Pasukan keselamata­n yang bertugas demi kedaulatan undangunda­ng di Mi Chaung Zay di bandar Buthidaung membantu penduduk memadamkan kebakaran yang berlaku jam 2.04 pagi waktu tempatan pada 4 Oktober, menurut kenyataan itu.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Warga Rohingya berjalan ke arah kem pelarian selepas menyeberan­gi sempadan dari Myanmar ke Sungai Naf di Bangladesh melalui bot, semalam.
[ FOTO AFP ] Warga Rohingya berjalan ke arah kem pelarian selepas menyeberan­gi sempadan dari Myanmar ke Sungai Naf di Bangladesh melalui bot, semalam.
 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Seorang gadis Rohingya keletihan kerana cuaca panas ketika menunggu bantuan kemanusiaa­n di kem sementara di Cox‘s Bazar, Bangladesh, semalam.
[ FOTO REUTERS ] Seorang gadis Rohingya keletihan kerana cuaca panas ketika menunggu bantuan kemanusiaa­n di kem sementara di Cox‘s Bazar, Bangladesh, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia