Berita Harian

DONALD TRUMP

Lawat mangsa serangan Las Vegas

-

l

Teman wanita penyerang Las Vegas, kelmarin berkata beliau tidak tahu kekasihnya merancang serangan, menggambar­kan lelaki itu sebagai ‘pendiam, prihatin’ ketika Presiden Donald Trump mengisytih­arkan Amerika Syarikat berkabung.

Dalam kenyataan umum pertamanya berhubung kes tembakan di konsert muzik country yang meragut 58 nyawa dan mencederak­an 489 lagi, Marilou Danley, berkata beliau mengharapk­an masa depan yang baik dengan Stephen Paddock.

Di Las Vegas, Trump melawat mangsa terselamat, berterima kasih kepada ibu bapa dan pasangan yang menggunaka­n tubuh sendiri untuk melindungi orang tersayang daripada serangan yang menamatkan masa depan ramai mangsa lain.

“Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, kita semua akan bergelut dengan ketakutan yang berlaku minggu ini. Namun kita akan mengatasin­ya bersama-sama,” kata Trump.

Pesawat Air Force One mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Mccarran ketika Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) menyoal siasat Danley mencari petunjuk punca mendorong Paddock melakukan pembunuhan beramai-ramai itu.

Harap masa depan baik

Wanita berusia 62 tahun itu kembali ke AS dari negara asalnya, Filipina lewat Selasa lalu dan ditemui ejen FBI.

Dalam kenyataan yang dibacakan peguamnya, Matthew Lombard, Danley berkata beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu: “Saya mengenali Stephen Paddock sebagai lelaki yang baik, prihatin dan pendiam.

“Saya cintakan dia dan mengharapk­an masa depan yang baik bersamanya. Dia tidak pernah memberitah­u apaapa kepada saya atau mengambil tindakan yang saya faham sebagai amaran sesuatu seperti ini akan berlaku.”

Danley menambah, dua minggu lalu Paddock memberitah­u dia menemui tiket kapal terbang murah untuk melawat keluargany­a di Filipina dan memindahka­n wang kepada Danley untuk membeli rumah ketika di sana.

Katanya, ketika itu beliau berasakan sesuatu, menyangka Paddock akan berpisah dengannya.

“Saya tidak pernah menyangka dia merancang keganasan terhadap sesiapa,” kata Danley, warga Australia yang berpindah ke AS 20 tahun lalu untuk bekerja di kasino.

Saya cintakan dia dan mengharapk­an masa depan yang baik bersamanya” Marilou Danley

 ??  ??
 ?? [ FOTO AFP ] ?? Trump bersalaman dengan pegawai polis dan anggota keluarga mereka selepas berucap di ibu pejabat polis Metropolit­an di Las Vegas, kelmarin.
[ FOTO AFP ] Trump bersalaman dengan pegawai polis dan anggota keluarga mereka selepas berucap di ibu pejabat polis Metropolit­an di Las Vegas, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia