Berita Harian

Warga Qatar antara 22 ditahan Arab Saudi

Memuat naik klip video secara haram dalamtalia­n

-

l

Seramai 22 orang, termasuk warga Qatar ditahan pihak berkuasa Arab Saudi, semalam atas tuduhan ‘menghasut orang ramai’ menerusi media sosial.

Saudi Press Agency (SPA) yang memetik sumber keselamata­n melaporkan semua yang ditahan didapati memuat naik klip video secara dalam talian dan pihak berkuasa sedang menyiasat motif dan kaitan tindakan berkenaan.

“Jumlah yang ditahan ialah 22 orang dan seorang daripadany­a warga Qatar, manakala selebihnya rakyat Arab Saudi.

“Motif dan kaitan mereka sedang disahkan. Mereka ditahan kerana menyebarka­n klip video di laman rangkaian sosial bagi menghasut orang ramai,” kata SPA.

Tidak dapat disahkan

Sementara itu, dalam laporan berasingan, SPA yang memetik Kementeria­n Dalam Negeri berkata, seramai 24 orang ditahan di barat laut wilayah Hail kerana ‘mengeksplo­itasi laman rangkaian sosial bagi menyebarka­n maklumat palsu dan keterlalua­n’.

SPA berkata, tindakan itu di- buat dengan hasrat untuk membangkit­kan ketegangan dalam kalangan masyarakat.

Bagaimanap­un, tidak dapat disahkan sama ada terdapat kaitan antara dua tangkapan berkenaan.

Agensi itu juga tidak memberikan sebarang butiran ke atas penahanan warga Qatar.

Arab Saudi bersama Mesir, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu memutuskan perhubunga­n diplomatik dengan Qatar pada Jun lalu. Ia menjadi satu krisis paling teruk di Teluk sejak sekian lama.

Keempat-empat negara itu menuduh kerajaan Doha menyokong keganasan serta mengukuhka­n perhubunga­n politik dengan Iran. Segala dakwaan itu dinafikan keras oleh Qatar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia