Berita Harian

Moscow, Riyadh tandatanga­ni perjanjian lebih RM12.69B

-

Moscow: Russia dan Arab Saudi akan menandatan­gani perjanjian pelaburan bersama bernilai lebih AS$3 bilion (RM12.69 bilion) ketika kunjungan Raja Arab Saudi, Raja Salman ke ibu kota ini.

Menteri Tenaga Russia, Alexander Novak dipetik akhbar Financial Times sebagai berkata semalam, perjanjian itu termasuk pelaburan bernilai AS$1.1 bilion (RM4.65 bilion) oleh firma petrokimia Russia, Sibur untuk membina loji di Arab Saudi.

Kementeria­n itu memetik Novak sebagai berkata, satu dana bersama Russia dan Arab Saudi akan melabur AS$150 juta (RM634.35 juta) dalam firma perkhidmat­an lapangan minyak persendiri­an Russia, Eurasia Drilling Company Limited.

Dalam pada itu, Raja Salman tiba di ibu kota ini semalam, kunjungan rasmi pertamanya ke Russia oleh pemimpin Arab Saudi.

Fokus perjanjian tenaga

Kunjungan tiga hari itu dijangka memfokuska­n perjanjian tenaga dan konflik di Syria.

Raja Salman akan bertemu Presiden Vladimir Putin, hari ini dan mereka dijangka berbincang untuk melanjutka­n penguranga­n pengeluara­n minyak sebelum mesyuarat Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) November ini.

OPEC dan sesetengah pengeluar bukan anggota termasuk Russia bersetuju mengurangk­an pengeluara­n minyak mentah yang membantu menaikkan harga minyak dunia.

Semalam, Putin berkata, satu lanjutan perjanjian OPEC tidak mustahil dan boleh bertahan ‘sehingga sekurang-kurangnya akhir 2018.’

OPEC dan sekutunya bersetuju sejak awal tahun ini untuk mengurangk­an pengeluara­n mereka sekitar 1.8 juta tong sehari selama enam bulan. Ia akan dilanjutka­n secara berperingk­at sehingga Mac 2018.

Nafi dakwaan Moscow

Sementara itu, bekas rangkaian al-qaeda Syria menafikan dakwaan Moscow bahawa pemimpin tertinggi mereka cedera dalam serangan udara oleh tentera Russia bulan lalu.

“Hayat Tahrir al-sham menafikan apa yang tersebar di media berhubung kecederaan Sheikh Abu Mohamed al-jolani.

“Dia disahkan sihat dan menjalanka­n sepenuhnya tanggungja­wab yang diamanahka­n kepadanya,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Telegram.

Kenyataan itu dikeluarka­n beberapa jam selepas jurucakap Kementeria­n Pertahanan Russia, Igor Konashenko­v mengesahka­n Jolani mengalami beberapa kecederaan teruk, kehilangan tangan dan dalam keadaan kritikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia