Berita Harian

Jokowi berjalan kaki 2km hadiri perarakan tentera

Presiden Indonesia mahu elak kesesakan trafik teruk

-

Kesesakan trafik teruk di Indonesia menjadi tatapan dunia, semalam selepas Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo terpaksa berjalan kaki dua kilometer di tengah panas untuk menghadiri perarakan tentera.

Negara yang dipalit skandal rasuah itu adalah antara lokasi birokrasi paling tidak cekap di Asia dan kesesakan berlaku di kebanyakan bandar besar republik itu.

Kesesakan jalan raya yang teruk di negara itu digambarka­n apabila Jokowi terpaksa berjalan lebih dua kilometer untuk menghadiri upacara menandakan ulang tahun ke72 penubuhan tentera Indonesia.

Widodo dan pegawai kanan kerajaan terperangk­ap dalam kesesakan ketika mendekati perarakan tentera di Cilegon, bandar raya kirakira dua setengah jam pemanduan dari istana presiden di Jakarta.

Selepas menunggu selama 30 minit, presiden kemudian memutuskan untuk berjalan kaki, kata pengawal Jokowi, Ili Dasili, dalam kenyataan.

Tentera perlu elak politik

Ketua polis negara, Tito Karnavian, yang juga terkandas dalam kesesakan trafik menyertai presiden.

Rakaman video menunjuk kan presiden berjalan dengan pasukan kakitangan keselamata­n manakala orang ramai menjerit dan melaungkan namanya.

Sementara itu, Jokowi berkata angkatan tentera Indonesia perlu menjauhi politik dan memastikan kesetiaan mereka cuma kepada negara dan kerajaan.

Kenyataann­ya dibuat di tengah kontrovers­i memuncak berhubung tindakan dan apa yang disifatkan penganalis­is sebagai citacita politik Komander Pasukan Tentera, Jeneral Gatot Nurmantyo, yang mempromosi­kan usul Indonesia dikepung ‘perang proksi’ membabitka­n negara luar malah ancaman komunis.

“Tentera Indonesia adalah harta negara yang mengatasi semua kelas, kumpulan dan tidak akan berpecah belah kerana kepentinga­n sempit politik dan tidak memasuki arena politik,” kata Jokowi yang duduk di sebelah Nurmantyo pada perarakan di bandar raya Cilegon. AFP

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Jokowi diiringi pengawal peribadi dan pegawai tertinggi keselamata­n ketika berjalan ke upacara ulang tahun ke-72 Hari Ketenteraa­n Indonesia di bandar raya Cilegon, semalam.
[ FOTO AFP ] Jokowi diiringi pengawal peribadi dan pegawai tertinggi keselamata­n ketika berjalan ke upacara ulang tahun ke-72 Hari Ketenteraa­n Indonesia di bandar raya Cilegon, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia