Berita Harian

Sepanyol tidak layan hajat Catalonia

-

Barcelona: Kerajaan Sepanyol menolak cadangan Catalonia untuk mengadakan perbincang­an berhubung isu kemerdekaa­n wilayah berkenaan.

Kenyataan itu dibuat di sebalik desakan Kesatuan Eropah supaya dialog diadakan bagi meredakan ketegangan antara wilayah di timur laut Sepanyol itu dan Madrid.

Krisis antara keduadua pihak semakin meruncing selepas Presiden Catalonia mengecam campur tangan Raja Sepanyol, selain tindakan kerajaan menolak usaha mengadakan perbincang­an mengenai isu terbabit.

“Kerajaan tidak akan berunding mengenai apaapa yang haram dan menerima sebarang ancaman,” kata Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy.

Polis pukul rakyat

Imej pihak polis memukul rakyat Catalan dalam proses pungutan suara yang dianggap tidak sah oleh Kerajaan Sepanyol pada Ahad lalu turut menimbulka­n kebimbanga­n masyarakat dunia.

Sementara itu, pemimpin Catalonia, Carles Puigdemont berkata dia tidak takut jika ditahan pihak berkuasa kerana menganjurk­an pungutan suara yang dilabel haram untuk mendapatka­n kemerdekaa­n daripa da Sepanyol.

Pungutan suara itu tetap diteruskan Ahad lalu walaupun Madrid menggunaka­n kuasa menyekat orang ramai daripada mengundi.

Masyarakat dunia turut mengutuk tindakan kerajaan menggunaka­n polis antirusuha­n menghalang orang awam dan beranggapa­n Sepanyol kini sedang meniti krisis perlembaga­an terbesar. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia