Berita Harian

Google perkenal alat terjemahan perbualan dalam 40 bahasa

-

San Francisco: Syarikat Alphabet Inc’s Google memperkena­lkan Pixel Buds baharu, iaitu alat pendengara­n yang dikatakan mam bualan berlainan bahasa dalam waktu sebenar.

Dalam sesi demonstras­i oleh Google ketika memperkena­lkan beberapa rangkaian produk baharu dengan ‘pembantu’ pintar digital, kelmarin memberi peluang kepada orang ramai untuk menguji keberkesan­an alat itu.

Pengunjung yang menguji alat pintar itu mengatakan bahawa ia adalah versi makhluk asing internet watak Babel Fish dalam karya sains fiksyen terkenal The Hitchhiker Guide to the Galaxy.

Dalam karya itu, Babel Fish adalah alat pendengara­n yang membolehka­n seseorang itu memahami apa juga jenis bahasa yang dituturkan.

40 bahasa

Malah, Pixel Buds boleh digunakan bersama telefon pintar Pixel generasi kedua yang baharu dilancarka­n.

Selain itu, ia juga mampu menterjema­h perbualan dalam waktu sebenar ke dalam manamana 40 bahasa.

Pada sesi demonstras­i semalam, orang ramai berpeluang menyaksika­n kemampuan Pixel Buds menterjema­h perbualan dua hala antara individu yang bertutur dalam bahasa Inggeris dan Sweden.

“Ia adalah satu daripada demonstras­i teknologi terbaik yang pernah saya lihat sejak sekian lama. Jika ia berfungsi di dunia nyata, ia adalah ‘wow! kita hidup di masa depan,” kata Pengarah Penyelidik Analisa Semasa Pelanggan, Avi Greengart.

Alat pendengara­n itu bakal diperkenal­kan di pasaran Amerika Syarikat (AS) menjelang bulan depan dan ia dijual pada harga AS$159 (RM672). AFP

 ??  ?? Pixel Buds alat pendengara­n mam u menterjema­h perbualan berlainan bahasa.
Pixel Buds alat pendengara­n mam u menterjema­h perbualan berlainan bahasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia