Berita Harian

3 jiran bida jadi tuan rumah

Uruguay miliki kelebihan sempena 100 tahun jadi penganjur edisi sulung

-

Argentina, Uruguay dan Paraguay akan bergabung untuk membida penganjura­n Piala Dunia 2030, presiden ketiga-tiga negara itu mengesahka­n kelmarin.

Presiden Paraguay, Horacio Cartes sebelum ini berkata, negaranya akan berkongsi pembidaan dengan jiran mereka Argentina dan Uruguay yang menganjurk­an edisi sulung pada tahun 1930 dan muncul juara.

Cartes bertemu dengan rakan sejawatnya di Argentina dan Uruguay, Mauricio Macri dan Tabare Vazquez di Buenos Aires semalam untuk memuktamad­kan pengumuman berkenaan.

“Mesyuarat pertama (untuk persediaan pembidaan) akan diadakan pada minggu pertama November,” kata Cartes.

“Negara-negara lain sudah pasti mahu menjadi tuan rumah tetapi kelebihan pada Uruguay sempena ulang tahun ke-100 tahun ini sejak mereka meganjurka­n edisi pertama.”

Kali terakhir negara dari benua Amerika Selatan menganjurk­an Piala Dunia ialah Brazil pada tahun 2014.

China turut minat

Sebarang bidaan untuk tahun 2030 bakal mendapat saingan sengit daripada negara rantau Asia, di mana China dijangka menjadi calon utama dari rantau itu.

Piala Dunia seterusnya akan berlangsun­g di Russia tahun depan, dengan Qatar mengambil alih penganjura­n pada tahun 2022.

Gabungan Amerika Syarikatme­xico-kanada mempunyai kelebihan untuk menjadi tuan rumah pada tahun 2026 apabila hanya Maghribi satu-satunya negara yang turut membida edisi berkenaan.

Piala Dunia 2026 bakal menyaksika­n 48 pasukan bersaing di pusingan akhir buat kali pertama berbanding format 32 pasukan ketika ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia