Berita Harian

Darmian nafi Azzurri bergolak

-

Rome: Tonggak pertahanan, Matteo Darmian memberi jaminan betapa tiada perkara negatif berlaku dalam kem Itali sambil menyifatka­n mereka tetap tenang dan akan tampil dengan lebih baik pada baki dua aksi kelayakan Piala Dunia 2018.

Skuad Azzurri akan berdepan Macedonia, awal pagi esok dan Albania (Selasa ini), tetapi kemungkina­n besar perlu mengharung­i perlawanan play-off untuk layak ke kejohanan di Russia itu.

Darmian berkata demikian selepas beberapa tonggak penting seperti Marco Verratti, Lorenzo Pellegrini dan Andrea Belotti tidak akan bersama pasukan kerana faktor kecederaan.

“Semua pemain di sini (dalam pasukan) mempunyai kualiti, kami akan mengharung­i perlawanan ini dengan persembaha­n terbaik,” kata Darmian.

“Apa saja perkara negatif hanya datang dari luar, kami tenang, kami bekerja dengan baik dan kami sedar pertembung­an dengan Macedonia amat penting.

Guna formasi berbeza

“Bila pergi ke Sepanyol, yang mana kami tewas, kami tahu kualiti mereka. Kami perlu tampil lebih baik, kerjasama dalam pasukan dan meningkatk­an kekuatan kami.”

Itali kini ketinggala­n tiga mata di belakang pendahulu Kumpulan G, Sepanyol yang Tonggak pertahanan Itali sudah mengumpul 22 mata.

Malah Sepanyol memiliki kelebihan jumlah perbezaan jaringan yang cukup besar iaitu 17 gol selain dilihat bakal berdepan tugas mudah apabila hanya akan menentang Albania dan Israel dalam dua aksi terakhir.

Itali menggunaka­n formasi 4-2-4 dalam aksi terakhir kempen kelayakan mereka, namun jurulatih Giampiero Ventura dijangka akan menukarnya untuk perlawanan akan datang.

“Kami cuba cari penyelesai­an berbeza. Ia normal, dengan pemain yang ada kami boleh menggunaka­n formasi berbeza, terserah kepada jurulatih untuk memutuskan­nya,” kata Darmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia