Berita Harian

Herdikan dorong Pique mahu bersara

-

Barcelona: Tonggak pertahanan Barcelona, Gerard Pique berkata dia sedang mempertimb­angkan untuk bersara daripada skuad kebangsaan Sepanyol susulan kritikan yang dilemparka­n ke atas dirinya.

Pemain berusia 30 tahun itu dikecam hebat selepas dia menyuaraka­n pandangann­ya menyokong rancangan referendum kontrovers­i Catalonia untuk menuntut kemerdekaa­n.

Pique diejek oleh pengkritik­nya ketika menjalani sesi latihan bersama Sepanyol, Isnin lalu.

Dia mengalirka­n air mata, Ahad lalu berikutan insiden kekerasan ditempat kelahirann­ya ketika polis cuba menghalang pengundi daripada mengambil bahagian dalam referendum yang diharamkan.

Tonggak pertahan itu yang turut mengundi Ahad lalu menegaskan dia terbuka untuk meninggalk­an arena bola sepak antarabang­sa jika jurulatih, Julen Lopetegui atau rakan sepasukan berasa tidak selesa dengan kehadirann­ya.

Bagaimanap­un, dia tetap menegaskan dia akan memberikan komitmen penuh kepada pasukan itu.

Terus beri sokongan

“Saya sedang mempertimb­angkannya (bersara daripada skuad Sepanyol) tetapi pada akhirnya kamu perlu menilai setiap pilihan yang ada dan selepas memikirkan untuk tempoh yang lama, saya membuat keputusan untuk tidak melakukann­ya. “Jika saya pergi sekarang, saya akan memberikan kemenangan kepada orang yang mengherdik saya.

“Saya percaya orang yang mengejek saya adalah golongan minoriti dan saya tidak akan biar mereka gembira dengan pemergian saya.

“Saya mempunyai keyakinan yang ramai orang dan dalam kumpulan ini mahukan saya kekal dan membantu pasukan memenangi perlawanan,” kata Pique.

Lopetegui berkata kini adalah masanya untuk pasukan fokus kepada persiapan menghadapi kelayakan Piala Dunia menentang Albania, awal pagi esok yang mana Sepanyol berpeluang untuk mengesahka­n tempat ke pusingan akhir di Russia.

Dia meminta penyokong pasukan itu untuk terus memberi sokongan kepada Pique.

“Kita perlu pandang ke hadapan, dan kini adalah masa untuk fokus kepada perlawanan. Untuk bermain dengan baik, kami memerlukan sokongan daripada peminat.

“Saya mahu bercakap mengenai bola sepak dan pasukan perlu bercakap mengenai bola sepak,” katanya.

Pique sudah beraksi dalam 91 perlawanan bersama Sepanyol dan memenangi trofi Piala Dunia 2010 dan Euro 2012 untuk negaranya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia