Berita Harian

Leicester hampa angkara lewat ‘14 saat’

-

London: Rayuan Leicester City untuk mendaftark­an Adrien Silva ditolak oleh Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA) walaupun mendapat sokongan daripada Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) apabila dokumen yang dikemukaka­n lewat 14 saat daripada tarikh tutup.

Kelab itu dan FA meminta FIFA untuk mengesahka­n perpindaha­n pemain tengah berkenaan selepas lewat menerima dokumen bagi perpindaha­n bernilai 22 juta pound (RM123 juta) daripada Sporting Lisbon, namun ia ditolak dan dia kini tidak dapat bermain sehingga Januari.

Seorang jurucakap FIFA berkata: “Petisyen yang dibuat Persatuan Bola Sepak bagi kebenaran memohon sijil pemindahan antarabang­sa buat Adrien Silva dan seterusnya mendaftark­an pemain untuk kelab gabunganny­a, Leicester City FC, ditolak.”

Lewat buat keputusan

Silva tersisih daripada skuad Portugal untuk perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia menentang Andorra dan Switzerlan­d bulan ini, dengan negaranya masih berharap dapat melayakkan diri ke kejohanan musim panas di Russia.

Leicester membuat keputusan lewat untuk perpindaha­n pemain berusia 28 tahun itu selepas Danny Drinkwater berhijrah ke Chelsea, dan Sporting mengatakan bahawa perpindaha­n itu sudah selesai.

Tetapi dia tidak dapat diturunkan oleh pengurus, Craig Shakespear­e sehingga Januari, dengan skuad Foxes berada di tangga ke-17 dalam carta Liga Perdana Inggeris selepas hanya mencatat satu kemenangan musim ini.

 ??  ?? Adrien Silva
Adrien Silva

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia