Berita Harian

Fabregas akui dalang pizza terbang

-

London: Cesc Fabregas mengakui dia yang membaling pizza kepada pengendali Manchester United Alex Ferguson dalam insiden yang dikenali sebagai ‘Perang Bufet’ 13 tahun lalu.

Arsenal, seteru utama Manchester United dalam memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris, menyaksika­n rekod tanpa kalah mereka dalam 49 perlawanan berakhir di Old Trafford pada Oktober 2004 yang disusuli dengan pergaduhan di dalam terowong.

Bekas rakan sepasukan Arsenal Fabregas, Martin Keown berkata pizza berkenaan dibaling oleh perancang Sepanyol itu pada tahun 2014, tetapi memakan masa sehingga tiga tahun sebelum dia mengakui melakukann­ya.

Ketika ditanya tentang insiden berkenaan dalam program

terbitan Sky, Fabregas yang kini bersama Chelsea memberitah­u pengacara rancangan, James Corden ‘ya’, sebelum menghuraik­annya.

Tiada niat baling

Pemain 30 tahun itu berkata: “Martin Keown pembohong kerana saya lihat dia berada di hadapan saya, sibuk menumbuk orang. Dia tidak nampak apa-apa.

“Tiba-tiba, saya dengar bunyi bising dan saya fikir apa yang sedang berlaku? Jadi saya keluar dengan potongan pizza saya dan saya lihat Sol Campbell, Rio Ferdinand, Martin Keown...menolak sesama sendiri.

“Saya terfikir untuk turut serta tetapi saya tidak tahu bagaimana dan saya terus membalingn­ya.

“Sebaik saya lihat ia terkena siapa, yang saya tidak sasarkan .... maafkan saya Sir Alex, tidak berniat melakukann­ya.”

Ketika ditanya secara tepat di mana pizza itu mengenai Ferguson, Fabregas menunjukka­n isyarat di pipi pengendali dari Scotland itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia