Berita Harian

Tenaga tempatan ganti Jeremy

Malaysia belum ketandusan pakar untuk latih pemain beregu

- Oleh Ferzalfie Fauzi

Persatuan Badmiton Malaysia (BAM) mengesahka­n akan hanya mengambil pengganti Jeremy Gan dari kalangan jurulatih tempatan saja.

Ini bermakna jurulatih negara luar yang berhasrat untuk menjadi pengganti Jeremy Gan dan membantu ketua jurulatih beregu lelaki, Cheah Soon Kit boleh melupakan impian berkenaan.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata pilihan itu dilakukan kerana Malaysia juga mempunyai pakar tempatan yang boleh membimbing pemain beregu lelaki.

“Tenaga tempatan lebih memahami dan mendalami pemain kita. Mereka tahu baik buruk perangai pemain kita.

“Jadi buat masa sekarang biar kita fokus perkara ini (mencari pengganti Jeremy) terlebih dulu,” katanya ketika ditemui di Majlis Menandatan­gani Perjanjian Antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bersama Daihatsu dan Perodua Malaysia.

Norza berkata, ramai lagi jurulatih berkaliber dan legenda Malaysia yang sanggup bersama dengan BAM.

“Siapa saja jurulatih yang akan diambil ia mesti selari dengan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) Soon Kit.

Belum perlu pengalisis

“Saya mengagumi Kim Hock (Yap Kim Hock), Jalani (Datuk Seri Jalani Sidek) yang menyatakan kesediaan bersama kami untuk membimbing skuad kebangsaan.

“Tapi seperti saya kata sebelum ini bola di kaki Soon Kit, hanya beliau saja yang akan membawanya ke depan.

“Beliau akan memilih jurulatih yang betul, jika beliau ada baca segala kenyataan yang dikeluarka­n media mungkin beliau akan berbincang dengan semua bekas pemain ini, sebelum membuat tawaran bekerja bersama,” katanya.

Menurut Norza, mereka juga masih belum terfikir untuk mewujudkan jawatan penganalis­is skuad kebangsaan, walaupun Jalani ada menyatakan hasrat berminat menjawat tugas berkenaan.

“Fokus kita sekarang hanyalah mencari jurulatih beregu lelaki. Buat masa sekarang Soon Kit cuba mencari pengganti secepat mungkin dan tidak perlu menunggu sehingga tempoh notis tiga bulan yang diberikan Jeremy. Saya bersetuju dengannya menggunaka­n jurulatih tempatan,” katanya.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Norza (tengah) dan Pegawai Eksekutif Daihatsu Motor Co Ltd, Osamu Naruse (lima dari kanan) bersama pemain kebangsaan di Pusat Konvensyen Sime Darby, semalam.
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Norza (tengah) dan Pegawai Eksekutif Daihatsu Motor Co Ltd, Osamu Naruse (lima dari kanan) bersama pemain kebangsaan di Pusat Konvensyen Sime Darby, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia