Berita Harian

Nicol sandaran emas Komanwel 18

-

Kuala Lumpur: Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) masih yakin dengan kemampuan Datuk Nicol David untuk membantu negara menyumbang­kan emas pada temasya Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia pada April, tahun depan.

Pengarah Kejurulati­han Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar (B) S Maniam berkatanic­ol akan mengetuai cabaran negara ke temasya itu dan menjadi taruhan skuad skuasy mengekalka­n pencapaian tiga tahun lalu di Glasgow.

Menurutnya, Nicol masih pemain terbaik negara dengan Malaysia akan beraksi dalam lima acara iaitu dua dalam acara perseorang­an lelaki dan wanita dan tiga beregu iaitu beregu lelaki, wanita dan campuran.

“Harapan untuk pingat emas masih lagi diletakkan kepada Nicol selain pingat dalam acara beregu.

“Perancanga­n utama adalah memberi peluang kepada semua pemain beraksi sebanyak mungkin dalam acara perseorang­an sebagai persediaan untuk menghadapi temasya Komanwel nanti,” katanya.

Tiga tahun lalu Nicol menjadi penyumbang tunggal pingat emas dalam skuasy selepas menewaskan Laura Massaro dari England.

England pencabar utama

Maniam menegaskan, senarai nama sudah diserahkan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selain turut menyenarai­kan beberapa muka baharu dalam senarai panjang.

Sementara itu, SRAM kini sedang memikirkan perancang terbaik buat Nicol sama ada hanya meletakkan­nya beraksi dalam acara perseorang­an ataupun beregu.

Mengulas mengenai pencabar yang mungkin menjadi penghalang utama kepada Nicol meraih emas, Maniam menjelaska­n ia pasti datang daripada England.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia