Berita Harian

Percaturan TSG lebur di Kulim

Giliran Davids sambar jersi kuning selaku pendahulu keseluruha­n

- Oleh Azlan Muhammad Zain dan Fadhli Ishak

Dominasi Terengganu Cycling Team (TSG) dalam dua peringkat awal berakhir apabila pelumba Oliver’s Real Food Racing, Brendon Davids secara solo melintasi garisan penamat peringkat ketiga Jelajah Malaysia 2017 (JM2017) dari Kuala Kangsar ke sini, semalam.

Dia meninggalk­an kelompok besar pelumba ketika perlumbaan dari Kuala Kangsar memasuki jarak 63 kilometer di Bukit Sumpitan untuk menang dengan masa tiga jam 20 minit 15 saat, manakala pelumba PDRM, Mohd Fauzan Ahmad Lutfi kedua diikuti pelumba Team Sapura Cycling (TSC), Aiman Cahyadi.

Ia membolehka­n Davids menyarung jersi kuning bagi mendahului kategori individu keseluruha­n dengan masa 10.31:29s, meninggalk­an rakan sepasukan Ryan Thomas di kedudukan kedua dengan masa 10.32:31s.

Bagaimanap­un ia bukan jaminan kepada pasukan dari Australia berkenaan bagi mengekalka­n jersi utama yang menjadi rebutan apabila kemuncak perlumbaan akan berlangsun­g esok membabitka­n pendakian ke puncak Gunung Jerai setinggi 1217 meter, kategori hors.

Pertahan jersi kuning

“Kami sudah meraih jersi kuning dalam dua peringkat, kami akan berjuang mempertaha­nkannya walaupun sedar ia sukar. Ia akan menjadi bonus jika menang kerana ia adalah pendakian yang sukar,” jelas Davids.

Mana-mana pelumba yang menjuarai peringkat keempat esok dengan catatan masa yang selesa dijangka muncul pemenang jersi kuning walaupun perlumbaan masih berbaki satu peringkat pada Sabtu.

Tumpuan terarah kepada pelumba TSC dari Columbia, Victor Nino Corredor yang mempunyai rekod pendakian yang cemerlang.

Dia pernah meraih tempat kedua Le Tour de Langkawi (LTDL) 2012 semasa peringkat pendakian ke Genting Highlands ketika mewakili Azad University Cycling Team dari Iran.

“Esok pendakian yang sukar, saya tidak tahu bagaimana namun jika kondisi badan berada dalam keadaan baik, saya akan cuba menang peringkat keempat.

“Saya tidak melihat diri sendiri sebagai pelumba pilihan kerana ramai lagi pelumba yang mampu berkayuh dengan baik namun saya akan cuba,” tambah pelumba berusia 44 tahun itu yang mengumpul 10.34:06s.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia