Berita Harian

Poad rancang lonjak Badrul

- Oleh Aida Adilah Mat

Kuala Lumpur: Menang sebutir emas di Sukan Institut Pengajian Tinggi (SIPMA) kini menyuntik semangat pelari pecut negara Badrul Hisyam Abdul Manap untuk terus mengorak kejayaan lebih gemilang selepas ini.

Jurulatihn­ya, Mohd Poad Md Kassim berkata, biarpun catatan 10.49 saat yang dilakukan itu masih jauh dengan pencapaian rakan sepelatih Khairul Hafiz Jantan (10.18s), namun ia satu permulaan yang baik buat pelari berusia 20 tahun itu.

Poad juga berpuas hati dengan masa yang dilakarkan atlet itu dan turut menaruh keyakinan yang tinggi bahawa Badrul mampu untuk terus melakarkan masa lebih pantas.

“Saya harap Badrul akan dapat mengekalka­n momentum dan mencatatka­n masa lebih baik selepas ini.

Bentuk kuartet 4x100

“Catatan 10.49s itu adalah catatan terbaiknya tahun ini dan secara keseluruha­n saya berpuas hati dengan apa yang dipamerkan oleh Badrul,” katanya.

Pada SIPMA yang berlangsun­g di Pahang itu menyaksika­n Badrul meraih emas menewaskan pelari Luqman Hakim Khairul Akmal (10.59s) yang menang perak manakala gangsa milik Muhammad Aqil Yasmin (10.76s).

Mengulas mengenai perancanga­n buat Badrul yang pernah menggegark­an arena pecut negara, Poad berkata, beliau mengharapk­an dapat membentuk satu kuartet 4x100 m yang terbaik.

“Perancanga­n saya selepas ini adalah untuk memberi tumpuan dalam acara pecut sebab saya mahu memberi perhatian lebih khusus kepada acara berganti-ganti.

“Badrul pula akan kembali beraksi dalam acara pecut bersama-sama Khairul,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia